Jumaat, 14 September 2012

Video : Pengerusi JKKK Berceramah Memaki Hamun Pas



Ceramah 11/09/2012 (Isnin lalu) Pengerusi JKKK Umno mengamuk dan memaki hamun Parti Islam, PAS depan kerusi-kerusi kosong. Beliau turut terpekik terlolong dan melontarkan ugutan dipercayai ke arah sebuah lagi ceramah berhampiran.

Difahamkan beliau bertukar menjadi seperti kurang siuman gara-gara program ceramahnya tidak mendapat sambutan malah lebih 30 ahli umno kampungnya telah menyertai PAS.

Wanita Pakatan perlu tembusi sokongan masyarakat desa – Anwar

SHAH ALAM 14 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim melontar cabaran kepada Wanita Pakatan Rakyat supaya mendekati golongan wanita di pedalaman, seterusnya meraih sokongan mereka.

Ketua Pembangkang itu meminta mereka menyediakan kertas kerja supaya agenda dan pelaksanaan program yang mahu diperkenal, menjadi lebih berkesan.

“Saya desak pimpinan Wanita Pakatan berikan blue print (kertas kerja) untuk dipertimbang majlis pimpinan supaya ada program menembusi kawasan desa.

“Kita tak banyak masa tetapi saya yakin dapat tembus sedikit lagi terutama wanita desa,” katanya yang optimis jalinan kerjasama tiga gabungan parti, bakal membuahkan hasil jitu.

“Ini bukan slogan retorik biasa yang didengar sejak 50 tahun lalu. Kita dengar retorik memperdaya, memperkasa tetapi akhirnya bukan memperdaya tapi memperdaya wanita,” katanya disambut sorakan gamat pada pelancaran Agenda Wanita Malaysia, malam tadi.

Program anjuran Pakatan Rakyat bertema Wanita Berdaya Negara Sejahtera itu dihadiri kira-kira 2,000 orang di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam malam tadi.

Hadir sama ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu.
Setiap parti diwakili ketua wanita masing-masing iaitu Zuraida Kamaruddin dari KEADILAN; Siti Zailah Mohd Yusof (PAS) dan Chong Eng (DAP).

Anwar turut melontar cabaran kepada Wanita Pakatan supaya menyiapkan kertas kerja bagi mendekati golongan wanita di pedalaman.

Ketua Pembangkang itu yakin agenda yang mahu diperkenalkan menjadi lebih berkesan jika ada kertas kerja dalam merencana pelaksanaan program.