Khamis, 30 Ogos 2012

Penjelasan Kos Sewa Bas Yang Digunakan DS Anwar Untuk Berkempen

SHAH ALAM 30 OGOS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat( gambar kiri ) yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

“Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

“Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat.

Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.TVS

Video : Pemuda PAS gerak kempen Selamatkan Malaysia 'Bankrap Negara'



KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan melancarkan kempen 'Selamatkan Malaysia dengan slogan 'BN (Bankrap Negara)' sepanjang September dan Oktober nanti.

Menurut Ketuanya Nasruddin Hassan kempen itu bertujuan mendidik dan menyedarkan masyarakat bahawa kewangan negara berada di tahap yang sangat kritikal.

Jelasnya, masalah kewangan berpunca daripada salah urus dan salah guna kuasa dalam pengurusan ekonomi negara.

"Apa yang berlaku ini, sangat menepati jangkaan oleh Idris Jala yang mana negara akan bankrup pada tahun 2019 nanti.

"Perkara ini tidak mustahil kerana hutang negara pada hari ini sudah mencecah RM437 billion," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS di sini.

Dalam siri ini, DPPM akan menyediakan risalah yang berbentuk grafik dengan fakta dan data-data semasa bagi mempermudahkan rakyat faham dan memahami hakikat sebenar kewangan negara.

Dalam pada itu katanya, DPPM turut mengira detik-detik terakhir pentadbiran kerajaan Umno BN bermula pada hari ini sehinggalah pada tanggal 24 April 2013.

"Kita akan buat 'count down', pada tarikh itu mahu tidak mahu parlimen mesti dibubarkan, maka tamatlah kerajaan BN mentadbir negara," katanya.

Beliau menggalakkan setiap pengguna facebook, pengamal media dan penyokong Pakatan Rakyat untuk turut 'count down' sebagai desakan bahawa masa Umno BN perintah negara ini semakin suntuk.

Bermula hari ini, katanya Umno BN hanya tinggal 236 hari untuk mereka tamatkan pemerintahannya.

"Jadi ini menjadi tekanan kepada kerajaan Umno BN untuk mempercepatkan PRU atau sehingga terpaksa tunggu detik-detik akhir parlimen dibubarkan. Mereka mempunyai tempoh yang tidak banyak," katanya.Hrkh

Full Video : Ceramah Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Di Besut


Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Saari


Tim. Speaker Dun Kelantan YB Zaki Ibrahim


YDP Pas Kawasan Besut Ust W Azhar W Ahmad

Ceramah sulong Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Saari di Besut.Ceramah diadakan pada 27/Ogos/2012 bertempat di Dataran PGU belakang Masjid Hadhari bandar Jerteh.

Turut berceramah Tim. Speaker Dun Kelantan,YB Zaki Ibrahim dan YDP Pas Kawasan Besut,Ust W.Azhar W.Ahmad.

Video & Gambar : 13 tahun Penduduk Di Hulu Besut Menderita Hadapi Masalah Bekalan Air

Pengerusi MTD PAS Hulu Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar menyerahkan air bersih kepada penduduk terlibat
Mat Daud Mohd, 45
, Siti Aisyah bt Mohd, 70
Mokhtar Said, 46

Bahana Apabila Sambutan Kemerdekaan Dipolitikkan

Kemerdekaan adalah milik semua rakyat, bukan milik mana-mana kelompok. Apabila sambutan kemerdekaan dijadikan modal politik dan propaganda parti maka ia telah memberi kesan buruk kepada negara.

Menjelang sambutan kemerdekaan, rakyat menjadi keliru, samaada sambut ulang tahun Umno atau ulang tahun kemerdekaan negara. Ini kerana gambar yang dipaparkan di media dan papan tanda ialah gambar Presiden Umno, bukan gambar pejuang kemerdekaan negara yang melawan penjajah, samaada dari puak kanan atau puak kiri.

Rakyat tertanya-tanya mana tokoh Dr Burhanudin Alhelmi, Ahmad Bostaman, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar AlBaqer dan tokoh-tokoh yang lain. Sedangkan tokoh-tokoh ini membeli kemerdekaan dengan harga yang mahal, sehingga terpaksa merengkok di dalam penjara, bukan seperti mana pemimpin Umno yang menyambut kemerdekaan dengan dulang emas.

Kita boleh saksikan saranan kerajaan supaya rakyat mengibar bendera menjadi hambar. Seolah-olah tarikh kemerdekaan 31 Ogos menjadi sejuk di paras beku. Macam mana rakyat hendak merasakan patriotik, anggapan mereka seolah-olah menyambut ulang tahun kelahiran Umno. Tambah pula dengan Tema Kemerdekaan “Janji Ditepati” yang memang jelas untuk menjadi modal kempen menjelang pilihanraya.

Dengan tema ini rakyat yang selama ini sudah benci dengan Umno BN, menambahkan lagi kebencian. Akhirnya mereka telah membuat protes secara senyap, iaitu tidak mengibar bendera.

Ini boleh dilihat sepanjang perjalanan kita ke Lebuhraya selama tiga jam, 100 buah kenderaan yang melalui lebuhraya, agak sukar kita melihat sebuah yang mengibar bendera di kenderaan mereka. Kenapa terjadi demikian?. Jawapannya bukan rakyat tidak sayang kepada kemerdekaan negara, tetapi rakyat sudah benci dengan pemimpin yang mengendalikan program sambutan kemerdekaan negara.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat