Rabu, 4 Januari 2012

Selebriti dan parti politik

1. Selebriti dan parti politik

Golongan selebriti, termasuk pelakon, penyanyi dan pengacara, kini semakin terlibat dalam politik di kedua-dua belah pemerintah dan pembangkang secara terbuka, dan menjadi sebahagian berita politik negara.

Tidak seperti satu masa dahulu, semasa Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjadi perdana menteri, kaitan penggiat seni dengan pembangkang mendatangkan akibat yang buruk, seperti dihalang muncul di media dikuasai pemerintah, yang disebut sebagai "kena gam."

Pada masa ini, walaupun tidak bebas sepenuhnya, ramai selebriti semakin berani menunjukkan sokongan terbuka atau menyertai parti pembangkang.

Seperti ditunjukkan dalam kes Bob Lokman, penyertaan dalam pembangkang memerlukan tindakan meninggalkan industri seni yang disertai, menunjukkan kebebasan sepenuhnya maih belum wujud.

Pihak industri kelihatan masih tidak terbuka kepada pernyataan sikap politik yang jelas oleh penggiat budaya popular, yang sebahagiannya disebabkan oleh perkiraan pasaran.

Penyertaan dalam PAS setakat ini kelihatan, selain sikap politik juga berkait dengan kesedaran penghayatan cara hidup Islam oleh penggiat seni, seperti dalam kes Bob Lokman dan juga selebriti lain.

Hal seperti ini menjadi satu faktor industri yang sebahagian besarnya tidak mesra dengan elemen konservatif seperti itu kelihatan tidak terbuka dengan kecenderungan tersebut.

Walau bagaimanapun, kewujudan "budaya popular Islam" atau dalam industri seni dapat memberi ruang kepada elemen hiburan yang lebih konservatif, walaupun politik yang sangat jelas mungkin sukar diterima.

Industri yang lebih Islamik ini masih baharu dan tidak seluas industri dominan yang turut menyaksikan peranan syarikat multinasional yang lebih mempunyai modal besar.

Dalam hal ini, dari satu sudut, penglibatan aktif dalam politik pembangkang (selagi parti-parti terbabit masih menjadi pembangkang) memerlukan tindakan keluar daripada industri, dan mencari ruang atau pasaran lain untuk aktiviti seni.

Raja Petra dakwa rasuah tapi tiada bukti - MB Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dakwaan blogger pro Umno Raja Petra Kamaruddin (RPK) bahawa terdapat amalan rasuah dan pemberian duit ‘bawah meja’ dalam pentadbirannya hanya fitnah kerana tiada sebarang bukti dikemukakan.
“Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM15 juta untuk memerangi rasuah dan memastikan mereka yang terlibat dengan rasuah ditangkap dan didakwa.
“Ini penting kerana hendak tentukan tujuan tercapai dan kita mahu kurangkan fitnah sebab orang cakap ada rasuah tapi tidak dapat buktikan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung dakwaan RPK bahawa kerajaan Pakatan Rakyat gagal membawa perubahan di Selangor.
Pada masa sama ketika ditanya sama ada beliau akan menemui sendiri RPK bagi meminta penjelasan mengenai dakwaan tersebut, Abdul Khalid menjelaskan perkara itu tidak perlu dilakukan.
Pada Ahad lalu, RPK berkata maklum balas daripada ahli perniagaan mendakwa tahap rasuah di Selangor masih sama selain masih ada yang membayar duit ‘bawah meja’.
RPK turut menyifatkan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Serah Kunci Rumah Pemberian Kerajaan Kelantan Kepada Khairul Fahmi

Tok Guru Nik Aziz menyerahkan kunci rumah pemberian Kerajaan Negeri Kelantan kepada Penjaga Gol Kebangsaan,Khairul Fahmi Che Mat di Taman Kurnia Jaya, Desa Kemunin, Pengkalan Chepa.
Tok Guru Nik Aziz sedang memberi ucapan di majlis penyerahan kunci rumah pemberian Kerajaan Negeri Kelantan kepada Khairul Fahmi Che Mat di Taman Kurnia Jaya, Desa Kemunin, Pengkalan Chepa.

Video : Mana Memorial Hudud yang Umno janjikan?



KUALA NERUS - Sempena Sambutan Ulang Tahun ke 100 Undang-undang Itqan al-Muluk Bi Ta’Dil as-Suluk, PAS DUN Seberang Takir mempersoalkan, dimanakah Memorial Hudud yang pernah dijanjikan oleh Kerajaan Umno dan Barisan Nasional?

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman pernah menyebut bahawa kerajaan merancang untuk membina Galeri Hudud di Kampung Seberang Takir


[Gambar - Kawasan 'Tebing Tinggi' di Kampung Baru Seberang Takir dimana menurut sejarahnya adalah tempat 'takir tangan'(potonng tangan) menurut Undang-undang Islam Itqan al-Muluk Bi Ta'Dil as-Suluk yang dilaksanakan semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Kini menjadi taman rekreasi dimana asalnya mungkin tapak Memorial Hudud yang dijanjikan]Baca Seterusnya...

Selepas Datin Maimon, Afdlin Shauki sertai Umno

KUALA LUMPUR, Jan 4: Selepas menghiburkan rakyat Malaysia dengan watak Datin Maimon, yang seolah-olah terselit dengan pelbagai mesej tersirat, pelawak terkenal Afdlin Shauki, bersama rakannya Harun Salim Bachik tiba-tiba mengumumkan menyertai Umno.

(Gambar :Afdlin Shauki sebagai Datin Maimun dalam Maharaja Lawak Mega)

Dua anggota kumpulan Boboi, yang menjadi naib juara dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) dikatakan telah menyerahkan borang keahlian Umno semalam.

Keputusan sekadar mendapat tempat kedua dalam pertandingan dikira amat mengejutkan para peminat Boboi kerana persembahan Afdlin dan Harun dalam peringkat final MLM sebagai Datin Maimon dan hantu minyak cukup menghiburkan.

Sebagai Datin Maimon, Shauki cukup mencuit hati penonton dengan gaya rambut besar dan lenggok menawan sambil menyelitkan lawak-lawak seperti cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.

Bukan itu sahaja, Shauki turut menghiburkan penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah beserta lagu ‘Ghost Buster’ yang ditukar liriknya untuk membasmi orang minyak yang dilakonkan oleh Harun.

Kepada para peminat politik, sudah tentu perkataan-perkataan dan aksi-aksi yang digunakan Shauki lebih melucukan kerana minda mereka akan terbayangkan seseorang meskipun Shauki mungkin tidak berniat atau menyedari lakonannya akan mempunyai kesan sedemikian.Hrkh

Mahasiswa Serahkan Memorandum Pada Tok Guru Nik Aziz

Nik Aziz menerima memorandum dari mahasiswa di pejabatnya

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa simpati terhadap golongan mahasiswa yang dicengkam kebebasannya melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971).

Katanya kedudukan pencabulan pihak atasan terhadap kemampuan, kebolehan mahasiswa di negara ini telah dilalui oleh kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu.

“Saya selaku Menteri Besar Kelantan sejak 21 tahun lalu tidak pernah diundang menghadiri sekolah mereka,”ujarnya.
( Gambar kiri,Hafizuddin sedang menyampaikan ucapan sambil didengar oleh Nik Aziz)
Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan 10 orang wakil Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur), yang menyerahkan memorandum Menuntut Penolakan Auku 1971 dan Pengembalian Autonomi Kampus dan Mahasiswa.

Penyerahan itu diserahkan oleh wakil Gempur yang juga jurucakapnya, Mohamad Hafizudin Mohd Nasaruddin, di pejabat rasmi Menteri Besar, Kota Darulnaim.

Sambungnya, ia adalah antara kezaliman serta ketidakadilan kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri.

Tambahnya, malah dirinya sebagai orang politik yang diberi kuasa oleh rakyat secarah sah dalam pilihanraya umum sejak 21 tahun lalu turut dinafikan banyak haknya sebagai ketua kerajaan di negeri itu.

Katanya, menyentuh akta ini semua golongan mahasiswa tidak boleh bebas dalam menyatakan pandangan, kritikan kepada mana-mana individu.