KUALA LUMPUR 24 Dis: Pengumuman tawaran Pakatan Rakyat (Pakatan)
untuk mewujudkan negeri berkebajikan di Pahang amat dialu-alukan.
Tawaran enam perkara itu bakal mengubah taraf hidup rakyat secara
keseluruhan, berbanding sewaktu pemerintahan BN yang mengabaikan aspek
sosio-ekonomi rakyat.
Timbalan
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Bob Manolan
berkata, janji Pakatan bukan mustahil untuk dipenuhi berdasarkan hasil
bumi Pahang yang banyak, seperti balak, bijih besi dan petroleum.
“Kerajaan BN sebenarnya boleh melaksanakan perkara itu jika ada
iltizam meningkatkan taraf hidup rakyat. Tetapi mereka tidak mahu
melakukannya.“Bagi kita, enam janji itu sesuatu yang mampu dilaksanakan apabila kita memerintah kelak.
“Selama ini BN gagal berikan kediaman yang selesa kepada
rakyat. Permohonan tanah pula terlalu lama sehingga pemohon meninggal
dunia dan waris sukar meneruskannya. Pakatan akan merombak dasar tidak
menguntungkan ini,” katanya ketika dihubungi.
Beliau juga yakin melalui sistem tender terbuka, hasil negeri akan bertambah sepertimana di Pulau Pinang dan Selangor.
Warta rizab orang Asal
Pewartaan tanah Rizab Orang Asal pula, menurut Bob, akan memberi
lebih pembelaan kepada kaum itu yang teraniaya di bawah pemerintahan BN.
Enam
tawaran Pakatan seperti yang diumumkan dalam Himpunan Kebangkitan
Rakyat Pahang pada 9 Disember lalu ialah menyediakan lot-lot rumah
kepada rakyat yang tidak bertanah; menyelesaikan permohonan tanah
tertunggak; mewartakan tanah rizab orang Asal; memudahkan urusan
pertukaran status tanah dari pertanian kepada kediaman/komersial;
menurunkan kadar cukai pintu dan melaksana sistem tender terbuka.
Tiga tawaran Pakatan peringkat pusat pula berkisar kepada pemberian
tanah kepada generasi kedua dan ketiga Felda; 20 peratus royalti minyak
kepada Pahang dan peruntukan khusus pembangunan prasarana kemudahan asas
di kawasan pedalaman.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan