Bapa mangsa ( kiri ) mahu polis bertanggungjawab menyebabkan kematian anaknya
PETALING JAYA 31 Dis: Seorang lagi mangsa kekejaman polis ketika
menjalankan tugas. Kali ini, Mohd Azrul Zulkifli, 19, meninggal dunia
akibat ditendang polis berpakaian preman.Kejadian berlaku berhampiran Petaling Jaya Selatan sekitar 3 pagi 25 Disember lalu.
Rakan
mangsa, Asmawi (gambar), 28, berkata, Mohd Azrul dan kira-kira sembilan
lagi rakan lain yang membonceng lima motosikal ketika itu dalam
perjalanan ke pusat karaoke sempena hari jadi mangsa.
“Ketika lalu di jalan gelap, tiba-tiba dua motor tahan mereka. Mereka
lari sebab takut ada orang cuba ragut atau rompak mereka. (Lagi pun)
mereka berpakaian biasa,” katanya menceritakan semula kejadian itu
selepas dihubungi salah seorang rakan yang terselamat.
Menurut Asmawi, polis yang mengejar berjaya menahan sebahagian dari
mereka, manakala mangsa dan rakannya, Khairul Azri Sham Abu Kasim, 22,
yang menaiki motor Honda EX5 sempat melarikan diri.
“Awalnya jarak mereka dengan polis lebih kurang 500 meter. Tapi polis
pakai (motor) Yamaha 135 LC, mesti dapat kejar. Kemudian polis tendang
mereka. Arwah meninggal sebab kepala terhentak pada divider jalan,”
katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
hari ini.
Beliau kesal laporan akhbar menyatakan Mohd Azrul meninggal akibat terlanggar pokok, dan polis kononnya gagal mengejar mereka.
Memetik laporan Malay Mail 28 Disember lalu, Timbalan Ketua
Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Tuah Masrom berkata, siasatan
awal mendapati motorsikal Azrul hilang kawalan dan terlanggar pokok,
dijumpai selepas polis meneruskan rondaan.
Pagi tadi, bapa Mohd Azrul, Zulkifli Hashim, 49, bersama Khairul Azri ke IPD Petaling Jaya untuk memberi keterangan.
Mereka diiringi Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan peguam keluarga mangsa, Yusmadi Yusoff.
Siasatan mesti telus, adil
Yusmadi dalam sidang media selepas itu mempersoal kenyataan polis berhubung kes berkenaan sebelum siasatan lengkap dibuat.
“Ini tidak wajar. Ia hanya boleh disimpulkan selepas siasatan
selesai…Kita harap kehadiran saksi utama, Khairul Azri yang ada di
tempat kejadian mampu bantu siasatan.
“Kita lihat apa kesimpulan polis, (antaranya) dari segi punca
kematian. (Selepas itu) Kita akan ambil tindakan sesuai, seperti
tindakan sivil jika ada asas,” jelas Ahli Parlimen Balik Pulau itu.
Zulkifli pula gesa polis siasat kes secara terperinci dan adil.
Beliau yang sugul enggan mengulas lanjut dan menyerahkan semua urusan
berkaitan kepada Yusmadi.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan