Dakwaan kontroversi bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin
Maidin bahawa bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie pengkhianat kepada
negaranya, terus hangat minggu ini apabila Presiden Susilo Bambang
Yudhoyono membangkitkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Datuk
Seri Najib Abdul Razak.
Presiden
Indonesia itu menyentuh perkara berkenaan semasa lawatannya ke Kuala
Lumpur pada 18 dan 19 Disember, dengan memberitahu Najib bahawa beliau
kesal kerana seorang pegawai Malaysia boleh dipetik berkata sedemikian
terhadap bekas Presiden Indonesia dalam akhbar tempatan.
“Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita
boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku,” kata
Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim
Perdanakusumah di Jakarta Timur, dipetik Malaysia Kini yang memetik The Jakarta Globe.
Perdana Menteri Malaysia dilaporkan memberitahu Susilo bahawa
kenyataan Zainuddin adalah pendapatnya sendiri dan telah dibuat selepas
bekas menteri itu bertemu dengan Habibie.Najib memberitahu presiden Indonesia itu bahawa ia adalah musim pilihan raya di Malaysia dan banyak isu telah menjadi sensitif.
Susilo memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau tidak nampak sebarang sebab untuk menghina bekas presiden Indonesia itu.“Bagi saya, sama ada akan ada pilihan raya atau tidak, semua orang
saling harus melindungi satu sama lain dan tidak perlu memburukkan ketua
negara atau bekas ketua negara lain,” katanya.
Zainuddin telah dipanggil Habibie pengkhianat kepada negara yang
tunduk kepada tekanan Barat untuk mengeluarkan satu referendum yang
membenarkan Timor Timur keluar daripada republik itu, demikian menurut
petikan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.Zainuddin memanggil Habibie dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “anjing imperialisme”.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan