Jumaat, 28 Disember 2012

Himpunan Raksasa Pemandu Teksi Bersama Anwar


 Sebahagian dari pemandu teksi yang hadir

PETALING JAYA 28 DISEMBER: Pemandu teksi memainkan peranan penting dalam membawa perubahan politik di negara ini berikutan merekalah antara kelompok yang paling dekat dengan rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebab itu saya ‘salute’ pemandu teksi. Mereka inilah yang menyampaikan derita rakyat,” katanya sambil ‘tabik’ kepada 400 pemandu teksi pada Himpunan Raksasa Pemandu Teksi bersama Pakatan Rakyat di Dewan Svik, Petaling Jaya, malam tadi.

“Saya tahu orang teksi benci kezaliman. Dari 1998 sampai sekarang, ketika TV3, Utusan tutup berita tentang kita (pembangkang), pemandu teksilah yang sebar cerita sebenar,” katanya yang menyifatkan isu berkaitan pemandu teksi bukan perkara kecil walaupun selalu dipandang enteng oleh pemimpin Umno BN..

“Sebab ini isu ‘human dignity’, soal maruah manusia. Untuk pemimpin BN, pemandu teksi seolah-olah tidak ada harga. Mereka (BN) bermati-matian pertahan kontrak berbilion.

“Pemandu teksi tak minta balak, IPP, kontrak. Hanya mahu permit. Permit pun mahu disapu pemimpin Umno-BN!” katanya disambut teriakan Reformasi.

Beliau juga mengulangi hasrat Pakatan untuk mengembalikan hak pemandu teksi dengan pemberian permit individu sebaik sahaja menawan Putrajaya.

“Sebaik kita tawan Putrajaya, kita umum harga minyak turun. Dan dalam beberapa minggu, kita umum segera permit untuk setiap pemandu teksi,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, peranan pemandu teksi, meskipun bukan ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat tetap besar dalam perjuangan.

“Kalau tak boleh edar risalah, tak mengapa. Mungkin bahaya sebab nanti polis periksa kereta. Tapi boleh gunakankan suara.

“Pemandu teksi orang yang paling bijak dan sabar. Berpuluh-puluh penumpang setiap hari. Sebab itu kita hormat mereka kerana menjadi ejen perubahan,” katanya.KD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan