KUALA LUMPUR, 14 Dis — Mahkamah Tinggi hari ini menganugerahkan RM50,000
kepada Karpal Singh dalam bentuk ganti rugi setelah mendapati Utusan Malaysia memfitnah beliau dalam artikel pada tahun 2008 dimana akhbar tersebut mengatakan pengerusi DAP itu menolak Islam.
Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad, semasa membaca hujah penghakimannya
berkata, walaupun akhbar berbahasa Melayu itu sudah menarik balik dan
memohon maaf dalam tempoh 24 jam selepas penerbitan, artikel itu
menimbulkan rasa benci orang ramai kepada Karpal (gambar fail).
Beliau
berkata, tarikh penerbitan artikel tersebut pada 25 Ogos, 2008 — sehari
sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan disiarkan oleh media
arus perdana itu menunjukkan ia “berniat jahat”.
“Pada pandangan plaintif, sebagai pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR),
dan pada masa artikel itu diterbitkan, ia dilihat sebagai cuba
merosakkan peluang kemenangan,” kata hakim tersebut.
Karpal memfailkan saman RM10 juta kepada Utusan Malaysia pada 2008, dengan berkata kenyataan beliau disalah tafsir dalam artikel yang ditulis oleh pengarang berita Zulkifli Jalil.
Dalam artikel “DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu” berdasarkan
kepada ucapan Karpal pada Konvenyen Nasional DAP ke 15 pada tahun itu
dimana Zulkifli sengaja mengatakan ahli politik tersebut menolak Islam
sebagai agama Persekutuan.
Semasa perbicaraan, didapati bahawa Zulkifli tidak berada di dalam konvensyen tersebut.Semasa sesi soal jawab, wartawan itu mengaku pada ketika itu, beliau
mengandaikan “menolak negara Islam” dan “menolak Islam sebagai agama
Persekutuan” membawa maksud yang sama.
Hakim Nik Hasmat menganggap ini adalah “kewartawanan tidak berhemah”,
dengan berkata akhbar tersebut tidak memeriksa kebenaran artikel
sebelum menyiarkannya.Beliau berkata akhbar tersebut perlu bertanggungjawab dan mempunyai etika kewartawanan.
“Tidak seharusnya ada kewartawanan tidak berhemah dengan tidak
memeriksa kebenaran, penulis juga tidak menyemak ketulenan sumbernya,
dan bergantung kepada artikel yang ditemui pada Mingguan Malaysia,” katanya merujuk kepada edisi minggu Utusan Malaysia.
Hakim itu berkata, akhbar tersebut membuat pembetulan pada keesokan
hari, walaupun dianggap “memohon maaf dengan ikhlas”, artikel tersebut
adalah “sensitif” dan merosakkan kedudukan Karpal di mata rakyat.
“Malaysia adalah sebuah negara yang majoritinya beragama Islam,
walaupun berbilang kaum, tetapi majoritinya negara ini beragama Islam,”
katanya lagi.
Hakim Nik Hasmat juga membuat kesimpulan dengan melihat semua
pertimbangan, beliau mendapati adalah munasabah untuk menganugerahkan
Karpal RM50,000 sebagai ganti rugi dengan empat peratus kadar faedah
setahun sehingga selesai, dan berjumlah RM20,000.
Dia bagaimanapun tidak membenarkan Karpal memohon untuk saman malu dan saman.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan