KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat menyeru para mufti agar menjaga nama baik mereka dan
tidak bermain politik partisan untuk kepentingan pihak tertentu.
Ingatan itu berhubung kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang didakwa sebagai 'Amanat Haji Hadi'.
Ingatan itu berhubung kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang didakwa sebagai 'Amanat Haji Hadi'.
"Boleh berbincang dengan cara yang elok dan tak perlu bermain politik partisan di dalam jubah mufti."Jangan jual harga mufti dengan murah," tulisnya dalam Facebook.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu lagi, beliau secara peribadi sangat
mengenali Tuan Guru Abdul Hadi dan meyakini bahawa ilmu yang dimiliki
oleh Presiden PAS itu tidak lebih rendah daripada ilmu yang dimiliki
oleh para mufti.
"Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang. "Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden PAS sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," katanya.
"Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang. "Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden PAS sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," katanya.
Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Wilayah
Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilaporkan menggesa Tuan Guru
Abdul Hadi menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang pernah
dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
Harussani berkata, tidak mudah untuk meletakkan orang itu kafir dan, perkara itu sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti, sementara Wan Zahidi pula berkata, amanat tersebut tidak berbahaya kepada Umno sebaliknya kepada diri Hadi sendiri.
Amanat Tuan Guru Abdul Hadi merujuk kepada satu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.Hrkh

Ini MUfti HARUS SANA SINI memang tarak boleh pakai.....
BalasPadamIni Mufti Melayu... bukan Mufti Islam.
'orang bukan pas' yang pandai islam,'orang pas' yang pandai islam adalah serupa jer..adalah mereka2 yang berlainan pendapat dan pandangan..dan dibenarkan dalam islam itu sendiri. he he apa masalah?
BalasPadammasalahnya ialah dalam hati tu ada kepentingan bersama hasad dengki diantaranya.diperkatakan selalu sikap tersebut merosakkan umat melalui agama.dan ini 'ilmu yang disampaikan buat diamalkan.'
lyrapsa 4289
Jgn perpecahan melayu di ambilkesempatan bgsa lain. nanti kita jgk yg diperbabikan.
BalasPadamMenurut hadis: jika ada org yg menuduh org lain murtad.. org yg menuduh itulah yg dikira murtad. kemudian hendaklah siasat org yg dituduh itu.
BalasPadam