KERTEH 9 November: Kira-kira 20 ahli Perkasa biadap dan tidak
menghormati agama apabila melakukan demontrasi ketika azan berkumandang
di Masjid Sultan Mizan di sini, tengah hari ini.
Mereka membawa kain rentang dan berkumpul depan balai polis Kerteh
sambil terjerit-jerit menghambur kata kesat kepada rombongan bas Jelajah
Merdeka Rakyat yang singgah untuk solat Jumaat.
Namun,
gangguan itu tidak menghalang jemaah masjid menyambut kehadiran Datuk
Seri Anwar Ibrahim meskipun kedudukan lokasi demontrasi berkenaan hanya
dipisah dengan jarak 50 meter.
Keadilan Daily yang turut menyertai siri Jelajah Merdeka
Rakyat, difahamkan kumpulan ahli Perkasa yang mengadakan demontrasi itu,
bukan penduduk tempatan.
Mengikut jadual, Anwar bertemu rakyat dalam jamuan di Kampung Gelugor, Kerteh, selepas solat Jumaat.
Jam 4.30 petang pula, Ketua Umum KEADILAN itu mengadakan ceramah dan bersantai di Syahbandar, Kuala Terengganu.
Selepas solat dan tazkirah Maghrib di Surau Ladang Sekolah, Kuala
Terengganu, Anwar dijadual berucap pada ceramah perdana di Markas
KEADILAN, Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong, Hulu Terengganu.
Beliau juga berceramah di ceramah di tapak pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir, antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.
Selain Anwar, antara penceramah lain yang dijangka berucap ialah
Datuk Saifuddin Nasution; Azan Ismail; Dr Alias Abdul Razak; Rafizi
Ramli; Abdul Rahman Yusof;, Mahyuddin Abdul Rashid dan Ng Chai Heng.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan