PUTRAJAYA, 5 Nov — Datuk Seri Nazri Aziz didesak mengambil cuti
sebagai menteri Kabinet hari ini apabila pengarah strategi PKR, Rafizi
Ramli, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) di atas tuduhan menteri tersebut dikatakan mempunyai perselisihan
kepentingan melibatkan “dana politik” RM40 juta ke atas Umno Sabah.
Menteri de facto undang-undang minggu lalu mengakui beliau mengenali
peniaga balak Michael Chia secara peribadi, tetapi menafikan mempunyai
kepentingan ke atas dakwaan beliau membersihkan perasuah.
Menteri itu menerangkan bahawa beliau perlu menjawab soalan terhadap
Chia, dan tuduhan terkini terhadap kes rasuah Ketua Menteri Sabah Datuk
Musa Aman kerana tugasnya selalu menteri de facto undang-undang.
Tetapi Rafizi menyatakan kedudukan Nazri selaku menteri de facto
undang-undang tersebut itu berselisih kepentingan dengan siasatan SPRM.
Rafizi memberitahu wartawan sebelum membuat laporan ke SPRM ke atas
Nazri yang dituduh mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan “dana
politik” RM40 juta diterima oleh Umno Sabah, dan melibatkan Nazri dengan
Chia melalui anaknya Nedim.
“Tidak seperti Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) sebelum ini, Datuk
Nazri bertanggungjawab terhadap SPRM itu sendiri,” kata pengarah
strategi PKR itu.
Dalam sidang media berasingan minggu lalu, Rafizi telah menerangkan
hubung kait antara keluarga Nazri dan Chia dengan gambar-gambar yang
menunjukkan anak menteri tersebut, Nedim telah menggunakan Hummer yang
bernilai lebih kuramg RM500,000 dengan nombor plat WNX 9776.
Chia baru-baru ini dibersihkan dari tuduhan rasuah — kes dengan Musa
selepas SPRM dan pihak berkuasa anti rasuah Hong Kong melaporkan bahawa
wang bernilai RM40 juta yang cuba diseludup di Malaysia adalah “dana
politik” untuk Umno Sabah dan bukan untuk kegunaan peribadi Musa.
Menurut laporan, Chia telah ditahan di Hong Kong pada 2008 dalam percubaan untuk menyeludup wang balik ke Malaysia.
Pada ketika itu beliau memberitahu wang tersebut untuk Musa,
menyebabkan siasatan terhadap kedua-dua individu tersebut dijalankan.
Rafizi berkata bahawa Nazri, yang menggelarkan dirinya selalu
“menteri undang-undang No.1” mungkin didapati bersalah atas kesalahan
rasuah kerana beliau memberitahu Parlimen baru-baru ini bahawa Musa
telah bersih dari rasuah.
Dengan mengumumkan Musa bebas dari tuduhan terseut, Rafizi
menerangkan, Nazri turut membersihkan tuduhan terhadap Chia, walaupun
gagal menunjukkan kertas siasatan ke atas kedua-dua individu tersebut,
sama ada dari SPRM atau Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC).TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan