Sabtu, 3 November 2012

PKR lancar poster kempen PRU 13

KUALA LUMPUR 2 Nov:  KEADILAN menjadi parti politik pertama di Malaysia melancarkan poster dan billboard kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 dengan tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’
Disempurnakan Presiden, Datuk Seri Dr Wan AzizahIsmail hari ini, kempen itu sarat dengan mesej rakyat warna rakyat dan harapan yang diketengahkan KEADILAN.

“Kita tak mahu PRU 13 dirosakkan dengan fitnah politik dan cacian Barisan Nasional. KEADILAN mahu mewarnai kempen dengan idea, harapan, wajah-wajah rakyat, semangat dan keyakinan bahawa Malaysia berhak menjadi lebih baik.

“Kempen ini menolak pendekatan kotor berbaur fitnah politik yang akan dimainkan BN,” katanya pada pelancaran di ibu pejabat parti, pagi ini.Turut hadir, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli; Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Exco Selangor, Rodziah Ismail.

Sejak 2008, Wan Azizah berkata, KEADILAN dan Pakatan Rakyat membawa isu rakyat, antaranya kenaikan harga barangan, pendidikan percuma, pembelaan terhadap wanita.“Inilah isu rakyat. Mereka letakkan harapan tinggi agar persoalan asas ini dapat dirungkai. Perjuangan Pakatan tidak boleh dipisahkan dari harapan rakyat.

“Keadilan akan terus memegang amanah sebagai parti tunjang dalam Pakatan,” katanya.Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution pula, berkata 10 bilboard diperkenal bagi fasa pertama kempen manakala fasa seterusnya  diperkenal menjelang PRU-13.

“Segala urusan termasuk kelulusan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) diuruskan sebuah pasukan khas,” katanya yang menyatakan kempen itu turut diperluas melalui media sosial.“Setakat ini, sebanyak 13 tajuk risalah disebar luas sejak empat bulan lalu,” katanya.KD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan