Gelombang perubahan berterusan di Sabah kian sukar dibendung sekaligus
menyaksikan rakyat negeri ini kian beralih arah kepada Pakatan Rakyat.
Buktinya,
seramai 213 orang ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) merangkumi empat
buah parti iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah
(PBRS), Umno dan Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
telah mengisytiharkan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat
(KEADILAN) Cabang Tenom.
Mereka telah menandatangani secara TRANSPARENT borang penyeraan tanpa ada paksaan dari sesiapa dalam majlis itu, malam tadi.
Halik Zaman
ketika mengalu-alukan penyertaan bekas ahli parti BN ke dalam KEADILAN
Cabang Tenom bermakna sudah sebilangan besar rakyat Tenom menolak BN
yang mereka anggap parti kuno yang sudah tidak berfungsi membela nasib
rakyat khasnya rakyat Tenom dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Salah seorang bekas ahli BN, Taib Kimin berkata, "Kami sudah mengambil
keputusan muktamad. Kami sudah rasa jadi anggota BN bagai anak tiri
kepada Umno dan kami tidak rela selama-lamanya bagai katak bawah
tempurung tanpa melihat dunia yang sering berubah ubah. Kami pilih PKR
sebagai wadah politik kami mahukan perubahan dalam hidup kami."
Borang penyertaan mereka akan diproses di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya, Selangor dalam masa terdekat.
Sementara itu, dalam satu lagi majlis berasingan, Saimon
Sambang yang merupakan Ketua Cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) bersama
Setiausaha SAPP Cawangan Kampung Lalandang, Arus Paran juga dengan
rasminya menyertai PKR Cabang Tenom.
Setiap kampung diadakan ceramah kelompok menerangkan hala tuju KEADILAN.
Kelihatan Masdin
Tumas sedang memberi penerangan dalam Buku Jingga yang kini dicadangkan
oleh Pakatan Rakyat yang boleh mengubah hidup rakyat Sabah dan Malaysia
lebih baik dari transformasi Najib Altantuya yang penuh dengan janji
kosong dan pembohongan.
Menurut
Leong Chau Chu, kalau menang pun Parti Reformasi Sabah (STAR) satu atau
dua kerusi ia tidak ke mana-mana. Kerana parti STAR sebuah parti kecil
yang berpusat di Sarawak "serba serbi kekurangan".
Terpaksalah setiap kali mesyuarat AJK semua AJK Bahagian dikerah menderma RM100 seorang barulah mesyuarat boleh dijalankan.
Beliau menyertai KEADILAN sebuah parti nasional yang mewakili semua bangsa dalam Negara Malaysia.
Laporan Halik Zaman, Ketua KEADILAN Cabang Tenom, Sabah
Sumber : JalanPulang
Kita rakyat Sabah akan halau PENJAJAH UMNO
BalasPadamUmno adalah PENJAJAH
PENJAJAH UMNO telah mencuri segala hasil mahsul bumi Sabah.
Rakyat Sabah miskin, tetapi, PENJAJAH Umno bersenang lenang dgn anak bini di Semenanjung.
Rakyat Sabah di bodohkan oleh taliberut PENJAJAH UMNO selama ini.
Mereka mengaut keuntungan bumi Sabah dan melarikan ke SEmenanjung.
Ayuh..., kita gulingkan PENJAJAH UMNO
Kita halau mereka dari bumi Sabah.
Mereka adalah PENJAJAH.
Mereka adalah PEROMPAK.
Salam Bro,kalau anda kata UMNO tu penjajah,Parti Keadilan tu bukankah penjajah juga sebab kedua-duanya berasal dari semenanjung ?
BalasPadamumno@apco laknatullah anak didik british penjajah,tak kira di semenanjung atau di sabah mereka tetap meneruskan agenda penjajah
BalasPadamSama-sama bersatu memakmurkan bumi ALLAH ini dengan betul..
BalasPadamUstaz Azhar Kemah Keming KLIK SINI