KUALA LUMPUR, 6 Nov — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini
telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan terhadap beberapa
media arus perdana termasuk laman blog terhadap dakwaan yang mengatakan
beliau menyokong "kebebasan beragama" dalam satu forum baru-baru ini.
"Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian,
serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan
berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari
kenyataan penuh saya tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan kepada
media hari ini.
Bagi tujuan tersebut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu (gambar)
diwakili oleh peguam, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah.
"Saya tidak
merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak
untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan
demi keadilan," jelasnya lagi.
Ketika sidang media awal hari ini, Nurul Izzah telah menyatakan
kesediaannya untuk bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais) berhubung dakwaan yang dikeluarkan oleh media berhubung isu
tersebut.
"Saya sedia (dipanggil Jais) ... (tetapi) atas nasihat peguam, saya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya.
"Peguam saya akan ambil tindakan seterusnya, saya tidak diberi lagi
(untuk) keluar kenyataan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen
hari ini.
Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu yang dibangkitkan terhadap anaknya
itu adalah helah politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu
penyelewengan Umno-Barisan Nasional (BN).
"Ini soal agama bukan mainan, kalau Umno nak guna agama, kalau betul
Jais (perjuangkan Islam) ... ambil tindakan terhadap orang Islam
terlibat dalam perjudian, kenyataan yg disesatkan, tapi tiada."(Tetapi) agama digunakan sebagai mainan politik Umno," tegasnya lagi.
Malah, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga turut menyelar ulama
Umno yang membisu dalam banyak isu-isu keagamaan dalam Umno, sebaliknya
menyerang Nurul Izzah dengan gambaran menyokong "pluralisme".
"Kezaliman, rasuah, penyelewengan Umno, ustaz Umno tak berani sentuh, mereka guna pluralisme agama secara umum.
"Pluralisme agama kalau mereka meremehkan Islam, maknanya menolak hukum dan menyatakan semua agama itu sama.
"Soal agama, akidah, kita (PR) tidak berganjak, tetapi ini hanya
mengalih pandangan kerana ustaz Umno tak berani sebut berkenaan
penghinaan terhadap agama, kezaliman dan rasuah," tegasnya lagi.
Izzah sebelum ini telah dikecam pelbagai pihak kerana kenyataan yang
dikeluarkannya dalam satu forum yang didakwa "menyokong" kebebasan
beragama masyarakat di negara ini.
Isu itu telah mendapat perhatian umum yang melihat kenyataan itu
keterlaluan kerana majoriti masyarakat negara ini adalah Melayu dan
beragama Islam.
Anwar juga turut menyokong tindakan Nurul Izzah untuk membawa perkara
itu ke mahkamah bagi membolehkan tindakan perundangan boleh diambil
terhadap pihak-pihak yang membuat tuduhan tersebut.TMI
Taknak saman malaysiakini jugak ke? Kerana malaysia kini yang pertama siarkan kenyataan nurul. Saman adalah sebagai senjata untuk menutup mulut rakyat. Kat dlm kubur pun nak pakai peguam jugak ke nurul? Like farther like daugther......
BalasPadamIsyallah engkau pun akan dibawa Nurul mengadap di yaumilmahsyar ucapan kamu senada dgn utusan meloya.
BalasPadam