KOTA BHARU - Majlis Syura Ulama sentiasa peka memantau perjalanan Pas
dalam memastikan hala tuju parti itu tidak lari dari landasan perjuangan
yang sebenar.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, pemantauan ini termasuk dalam isu berkaitan 'tahaluf siyasi'.
Menurutnya, setiap perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis
Syura Ulama akan dibincangkan dengan teliti sehingga semua ahli berpuas
hati dan bersetuju dengan keputusan yang dibuat.
Bagaimanapun, beliau turut berasa hairan mengapa ada sesetengah ahli
yang mengeluarkan kenyataan media seolah-olah tidak bersetuju dengan
keputusan mesyuarat.
"Dalam mesyuarat seperti tak ada pertelingkahan tapi dalam media, ada
pula terdengar suara-suara sumbang seolah-olah tidak setuju dengan
keputusan Majlis Syura.
"Tetapi orang seperti ini tak pernah memberi pandangan begitu dalam
mesyuarat, tapi di luar mesyuarat perkara itu timbul," katanya menjawab
soalan perwakilan dari Kalabakan, Sabah, pada muktamar tahunan parti di
Pusat Tarbiah Islamiah, di sini, semalam.
Perwakilan berkenaan, Kasman Karate dalam soalannya bertanya, mengapa
masih terdapat ahli Majlis Syura sendiri yang seakan-akan tidak
bersetuju dengan keputusan mesyuarat yang diputuskan oleh Majlis Syura.
Haron berkata, pandangan individu kadang kala terbawa-bawa keluar mesyuarat dan mungkin ada sedikit perbezaan pendapat yang tidak perlu diperbesarkan.SH
Haron berkata, pandangan individu kadang kala terbawa-bawa keluar mesyuarat dan mungkin ada sedikit perbezaan pendapat yang tidak perlu diperbesarkan.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan