Isnin, 8 Oktober 2012

Video : PAS Dipilih Kerana Lebih Profesional Dan Lebih Terbuka





KUALA TERENGGANU - Seusai Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) yang disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kami menemui Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, Bekas Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu yang baru menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS.

Fokus temu bual ringkas yang diadakan di atas pentas utama PGU5.0 ITU, adalah untuk mencungkil rahsia mengapa seorang tokoh korporat muda lagi berjaya seperti Amzad mahu bersama-sama dengan Parti islam SeMalaysia (PAS).

Berikut adalah catatan temubual tersebut;

Soal:     Apa yang membuatkan Amzad tertarik untuk menyertai PAS?

Jawab:     Kerja saya dalam bidang korporat banyak ambil alih syarikat yang bermasalah dan saya pulihkan. Jadi sepanjang penglibatan saya dalam bidang ini, saya banyak berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan dan parti-parti politik. Dulu pada masa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebagai Perdana Menteri saya pernah mengasaskan Pergerakan Profesional Muda sebab masalah saya dapati, kerajaan negeri kita (Terengganu) tidak ada idea-idea yang bernass bagi memajukan negara (negeri). Sedangkan negeeri kita setiap tahun mendapat pencapaian terbaik dalam bidang pendidikan dan sebagainya. Ramai lepasan universiti yang mahu menyumbang (idea). Jadi (tujuan) saya menubuhkan Pergerakan Profesional Muda bagi menyampaikan idea kepada Perdana Menteri.

Betul.....Umno dapat mengambil hati profesional muda, tapi apa yang berlaku....kita bagi idea yang bagus-bagus kepada mereka tapi peringkat perlaksanaan, idea yang bagus yang tak kena dengan kepentingan mereka, mereka ketepikan. Idea yang bagus yang sesuai dengan kepentingan mereka, mereka ambil....tetapi beri kepada mereka yang tidak tahu menahu untukmelaksanakan.

Maka kerana itulah kita lihat, apa yang berlaku sekarang ini, projek-projek yang 'tidak masuk akal' dilaksanakan. Projek yang 'masuk akal' (pula) apabila dilaksanakan..... dilaksanakan dengan cara yang 'tidak masuk akal'.....kos (yang dibelanjakan) tidak masuk akal! Jadi itu yang menyebabkan prara profesional muda sangat kecewa. Saya sebenarnya mewakili rakan-rakan saya dikalangan profesional, ramai akauntan, jurutera (dan lain-lain) semua minta saya beritahu perkara ini.

Saya pernah berurusan dengan kerajaan PAS dizaman tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (menjadi Menteri Besar) dan pada massa itu Exco Keusahawanan (adalah) YB Haji Wahid Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang, dan saya dapati jauh bezanya dari segi cara melayan usahawan....caa berbincang dan sebagainya.

Saya dapati pihak PAS lebih profesional, pihak PAS lebin terbuka, pihak PAS lebih memahami tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri Terengganu. Saya tidak hairan walaupun berjuta (ringgit) dibelanjakan di negeri Terengganu, sekiranya diuruskan dengan cara yang tidak profesional, maka inilah (keadaan sekarang) yang erlaku kepada negeri kita!

Soal:    Apakah Amzad tidak bimbang akan terjejas kepentingan perniagaan apabila masuk PAS?

Jawab:    Saya amat kecewa dengan apa yang berlaku (sekarang) kepada negeri Terengganu dengan itu saya mengambil keputusan yang tidak ada kepentingan politik. Apa yang saya buat sekarang ini di Pulau Pinang dan lain-lain, saya berurusan dengan syarikat yang bersifat antarabangsa, MNSE, jadi AlhamduliLlah saya tidak rungsing (perrniagaan saya terjejas)

Soal:    Apakah kawan-kawan Amzad memberikan tanggapan berbeza apabila Amzad menyertai PAS?

Jawab:    Sebaik sahaja saya minta pandangan daripada kawan-kawan, mereka berkata....itulajh sebenarnya yang (mereka harapkan).......(masuk menjadi ahli PAS adalah) keinginan mereka juga! Tapi sebahagian besar terikat dengan masalah perniagaan, masalah jawatan dan sebagainya. Dan saya menganggap apa yang lakukan ini bagi menyatakan hasrat golongan profesional muda di Terengganu ini.

Soal:     Selepas masuk PAS apa peranan Amzad?

Jawab:     InsyaAllah, saya percaya, saya akan dapat menyampaikan idea yang bernas bagi mewakili profesional muda secara terus kepada pimpinan PAS. Saya dapati, macamana (mungkin) dapat (di)sampaikan terus kepada pimpinan BN sekiranya (sedangkan) pimpinan BN di Terengganu bagaikan 'meminta sedekah'kepada pimpinan BN di Kuala Lumpur.BO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan