Semalam semasa sidang Dewan Rakyat, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew
Fook dengan nada tegas bangun mempertahankan Menteri Besar Kelantan,
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berhubung kenyataan yang dibuat Timbalan
Pengerusi Wanita MCA, Heng Saei Kie yang menuduh Nik Aziz membenarkan
orang Islam merogol bukan Islam.
Bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", ahli parlimen Rasah itu menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Saei Kie yang disokong Presiden MCA, Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap"."Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.Jalan Pulang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan