LAHAD DATU: Kenaikan harga pelbagai barangan keperluan harian
kebelakangan ini sebenarnya akibat amalan pemimpin Umno BN yang hanya
memikirkan ‘perut’ mereka sahaja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Harga barang naik, harga minyak naik. Salah siapa? Orang Cina? Siapa
perdana menteri, siapa ketua menteri, siapa menteri kewangan?
“Ini salah pemimpin yang fikir perut, tidak fikir nasib rakyat”
katanya pada ceramah di Assam, Lahad Datu, Sabah 13 Oktober lalu yang
dihadiri ribuan rakyat.
Ketua
Pembangkang itu mengakui marah dengan gelagat pemimpin Umno yang
menjadikan harta negeri mahupun rakyat, sebagai aset ‘mak bapak’ mereka.
“Kamu boleh perintah tapi jangan ingat tanah ini, harta ini, harta
mak bapak kamu. Harta ini harta negeri, harta rakyat dan kita
bertanggungjawab.
“Sebab itu, saya lawan orang yang zalim, yang tamak habola, yang curi harta rakyat, perbodoh rakyat,” katanya.
Anwar juga kesal kerana Umno BN cuba meracuni fikiran rakyat berikutan hubungannya dengan pemimpin dan rakyat keturunan Cina.
“Saya kawan dengan orang Cina yang baik. Kamu kawan sama Cina yang rasuah,” katanya merujuk hubungan Umno dengan MCA.
Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak meniru
kezaliman wakil rakyat Umno BN apabila Putrajaya ditawan kelak.
“Dulu curi balak. Bila ubah, kita curi jugak. Dulu roboh rumah,
tukar. Kita roboh jugak – itu bukan islah, bukan reformasi. Jangan macam
wakil rakyat Umno BN,” katanya.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan