KUALA LUMPUR 1 Oktober: Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak
kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
bermula jam 11.30 pagi tadi.
Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu.Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini.
Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat
berada di luar Dewan ketika Anwar berucap.
Ketiadaan Najib menyebabkan beberapa MP BN terpaksa mempertahankan
kelemahan Kerajaan Pusat, walaupun menggunakan maklumat yang salah.
Antaranya, berhubung isu ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang dan pencapaian ekonomi Kerajaan Selangor.
Anwar berkata, sudah menjadi tradisi Menteri Kewangan untuk hadir ke Parlimen ketika sesi bahas belanjawan negara.
“(Sudahlah) debat tak berani, bahas dalam Parlimen pun tak sanggup. (Akhirnya Menteri Kewangan) Suruh ‘backbenchers’ (Ahli Parlimen biasa) pertahan, sedangkan mereka tiada dalam kabinet kerajaan dan tidak tahu dasar (yang tepat),” tempelak Ketua Umum KEADILAN itu.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013.
Separuh ucapan Najib pada penggulungan Bajet 2013 Jumaat lalu mengkritik Pakatan Rakyat.“Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” cabar Anwar.
Beliau turut bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran itu.Dalam sesi itu, Anwar juga menyentuh mengenai dasar-dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan.
Mengulas Bajet 2013, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai bajet politik
semata-mata.Katanya, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk ‘one off’ kepada
sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat
menjelang pilihan raya umum nanti.
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan
Najib ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada
ucapan pilihan raya membayangkan ketakutan Perdana Menteri.
“Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat
tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan
keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di
Parlimen.KD
Kesimpulannya Najib memang pengecut !!!
Asyik dgn debat aje... Bila nak buat kerja, bila nak apply kpd rakyat? Mcmna negara nak maju, asyik dgn bangkang, debat, ceramah sepanjang tahun.
BalasPadamDengar kata dllm blod addin, banyak ahli parlimen BN lari lintang pukang bila nampak kelibat anwar.... Ha ha ha... Takut betul mereka dgn anwar. Mungkin mereka bertempiaran lari menyelamatkan maruah dan kehormatan masing2 ..... Barangkali.
Betul3x..patutlah Jepun,Korea,US tak maju sebab pemimpin politik mereka selalu berdebat.Siap ada siaran langsung dlm TV lagi.Kih..kih..kih..bangang !!!!
BalasPadamAsyik dgn debat je...bila pulak Najibterima cabaran Anwar ? tak pernah derr..maknanya takde debat.Najib memang pengecut,takde telur bersembunyi bawah ketiak Rosmah...
BalasPadamAsyik dgn debat je...bila pulak Najibterima cabaran Anwar ? tak pernah derr..maknanya takde debat.Najib memang pengecut,takde telur bersembunyi bawah ketiak Rosmah...
BalasPadamsalam,
BalasPadamsemua negara maju membudayakan debat ( ̄^ ̄)
KILK untung banyak bayar gaji ciput
Asyik nak ikut negara maju je, bila nak ikut negara islam? Yang dok sebut nak negara islam tu terlepas kemana?
BalasPadamNak debat apa dgn anwar? Contoh.... Kalau perompak ajak polis berdebat, ada ke polis nak layan? Satu tak setaraf, kedua tak berfaedah, ketiga.... Ini akan melekakan polis dari menangkap perompak tersebut.
BalasPadam