Chua Soi Lek bercakap melalui Video Blog menyerang hudud habis-habisan
KUALA LUMPUR: Serangan Presiden MCA, Datuk Seri Chua
Soi Lek terhadap hukum hudud dengan menggunakan sumber yang tidak sahih
menaikkan kemarahan pelbagai pihak.
Tindakan ini disifatkan sebagai menambahkan lagi luka terhadap umat Islam apabila memetik kenyataan yang tidak sahih yang mendakwa 1.2 juta rakyat negara ini akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.
Hanya berdasarkan satu sms yang tidak dikenali siapa penghantarnya, Chua Soi Lek membuat satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja.
“Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.
"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini,” kata Chua dalam videonya.

Chua berkata orang tersebut menyatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas jika hudud dilaksanakan.
Angka tersebut meliputi pekerjaan Genting Berhad, kedai perjudian, internet café, rumah urut dan sektor pelancongan.
“Ini
akan menjadi realiti jika PAS menjadi parti dominan di dalam Pakatan
Rakyat. Dan PAS akan menjadi satu parti yang dominan dalam PR,” kata
Chua.
Chua berkata Kelantan sudah lama menghentikan perjualan alkohol.
“Susah
benar nak cari kedai menjual arak di Kelantan. Tiada panggung wayang.
Tiada tempat spa, refleksologi, kedai perjudian sudah menjadi sejarah,”
kata Chua.
Chua turut menyatakan perkara berikut kepada para penonton videonya yang tidak berpuas hati dengan Barisan Nasional.
“Ya,
memang ada perkara yang tidak menyenangkan hati dengan BN, tapi anda
tidak seharusnya mengundi sehingga 1.2 juta rakyat kehilangan
pekerjaan,” kata Chua, yang secara jelas bersetuju dengan dakwaan SMS
yang menghina hukum-hakam Allah tersebut.
Sementara itu, para
pembaca laman Malaysiakini yang mula menyiarkan kenyataan Chua ini
menyerangnya dengan menggelarnya 'Mr. Porn Star'.
Seorang pembaca yang menggunakan nama Mubarak menulis:
"Such a "simplistic" conclusion based on sms from whom you do not know!
Come on Porn Star, if you are not sure, have a forum or seminar with
those that have the brains and knowledge. If you can't, than "SHUT UP!!"
and don't spread fear to others."
(Kesimpulan yang terlalu
mudah dibuat hanya dari satu sms yang kamu tidak tahu! Mr Porn Star,
jika kamu tidak yakin, buatlah seminar atau forum dengan memanggil
mereka yang ada akal dan ilmu. Jika tidak, baik diam dan jangan sebarkan
ketakutan kepada orang lain).
Seorang lagi pembaca yang menggunakan nama PuakChuk berkata "This is not spreading fears, but spreading jokes!!!.
(Ini bukan menyebarkan ketakutan tetapi menyebarkan jenaka).
Pembaca yang menggunakan nama 'mohd' pula menulis: "Thank you soi lek, you make it easier to convince those muslim malays to vote for PAS."
(Terima kasih Soi Lek, kamu telah membuatkan usaha untuk memujuk orang Melayu Islam mengundi PAS lebih mudah).Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan