Teka-teki mengenai
tarikh pilihan raya umum masih lagi hangat dinujumkan. Selepas banyak
sangkaan meleset, kali ini ramai menjangkakan PRU ke-13 akan diadakan
November depan, sebaik Parlimen meluluskan Belanjawan 2013 dan
sekembalinya jemaah dari Makkah.
Banyak faktor yang bakal
menentukan tarikh PRU. Jika sesiapa pun pada kedudukan Perdana Menteri,
beliau harus terlebih dahulu mempertimbangkan kekuatan dalaman
organisasinya, sebelum mengambil kira faktor luaran.
Tidak guna hendak 'bertegang urat' dengan parti lawan jika parti sendiri penuh dengan cacamerba dan hampir karam. Inilah yang berlaku kepada Umno sebenarnya. Umno yang tidak pernah menafikan pengakuan bahawa mereka adalah 'syaitan yang dikenali'.
Rupa-rupanya serangan bertubi-tubi ke atas PAS dan Pakatan Rakyat, dilakukan secara terancang, dengan tujuan untuk menutup pekung dalaman Umno yang semakin hari semakin membarah.
Media massa yang dikuasai Umno, ligat dikerah menutup karenah dalaman Umno yang tidak pernah selesai sehingga kini. Sesiapa pun dalam Umno sekarang berasa tidak selamat. Ada banyak faktor yang boleh unjurkan, antaranya:
Pertama, selepas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, sokongan terhadap Umno masih belum pulih sehingga kini, akibat pembongkaran lebih banyak skandal membabitkan pemimpin Umno-BN.
Kedua, kecuali kroni-kroni rapat, setiap orang Menteri dan Menteri Besar, Timbalan Menteri, Exco dan Ketua Umno Bahagian tidak mendapat indikator jelas dari Najib, apakah mereka akan dicalonkan semula sebagai calon Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Ketiga, akibat daripada ketidak tentuan itu, tambahan pula Najib mempunyai 'winnable candidate' sendiri, di semua negeri dan bahagian Umno, masing-masing bergasak sesama sendiri. Rebut jadi Ketua Bahagian, rebut menjadi calon Menteri Besar, rebut jadi calon Parlimen dan Dun.

Keempat, akibat dari
permasalahan ini, penganalisis menjangkakan, wujud ketegangan di antara
kedua-dua pimpinan tertinggi Umno iaitu di antara Najib dan Timbalannya,
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Umumnya, perselisihan wujud kerana
haluan dan pendapat berbeza di antara kedua-duanya, mengenai cara
terbaik untuk menyelamatnya Umno daripada terkubur dalam PRU depan.
Dalam
diam 'fan' Muhyiddin giat berkempen dalam Facebook, menyebarkan poster
di Johor dan dibanyak tempat, bahawa TPM adalah calon terbaik PM bagi
menggantikan Najib.
Dilaporkan, bertebaran poster misteri menyokong Muhyiddin menggantikan Najib sebagai PM sebelum PRU, di Johor dan Pulau Pinang.
Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak mereka dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Imej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.
Poster
itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU
13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas. Ia juga
memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional
Negeri Johor'.
Walaupun Umno Johor menafikan dan memang tidak
rasional mendakwa mereka yang mencetak poster tersebut, namun ianya
tidak mampu menutup pertelagahan di antara kedua-dua pemimpin mereka.
Muhyiddin
mempunyai 'track-record' yang cemerlang, berjaya 'menghalau' Abdullah
dari kerusi PM dan Presiden Umno, dengan sokongan kuat Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Dengan keceluparan Dr Mahathir membuat pelbagai
kenyataan mendahului Najib dalam banyak perkara sebelum ini, apakah
ianya bukan indikator bahawa Presiden Umno itu tidak boleh diharap untuk
mengekang kemaraan Pakatan Rakyat?
Apakah dengan sebab itu
kempen menjatuhkan Najib sedang giat dijalankan kumpulan pro Muhyiddin?
Kita nantikan episod seterusnya, apakah rumah 'syaitan' akan roboh
akibat dimakan anai-anai belaan sendiri? Sama-sama kita saksikan.Detkdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan