Rabu, 12 September 2012

Provokasi samseng Umno gagal halang Jelajah Merdeka Rakyat ke Johor

KUALA LUMPUR 12 September: Provokasi samseng Umno sebelum ini tidak membantutkan program Jelajah Merdeka Rakyat meneruskan perjalanannya ke Johor Jumaat ini.

Seperti biasa, bas jelajah akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama lain-lain pimpinan KEADILAN turun padang bertemu rakyat sempena sambutan Aidilfitri.

Program kali ini dijadual dimulakan dengan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Ledang sebelum bergerak ke Rumah Terbuka di Pejabat KEADILAN Ledang.

Anwar akan turut meraikan Majlis Rumah Terbuka di Muar dan Sri Gading.

Bermula jam 8 hingga 12 malam, Majlis Makan Malam Merdeka Rakyat akan berlangsung di Sutera Mall, Skudai.

Pada majlis itu, Anwar bersama pimpinan utama KEADILAN akan menyampaikan ceramah.

Mereka terbabit adalah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali; Setiausaha, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden, Datuk Seri Chua Jui Meng.

Turut sama berucap Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan Ahli Dewan Undangan Sungai Pinang, Teng Chang Kim.

Program jelajah itu dilancarkan pada 31 Ogos lalu dengan menyelusuri empat negeri termasuk Pahang, Kelantan, Perak dan Kedah.

Bagaimanapun, usaha murni mendekati rakyat ini mendapat tentangan apabila berlaku insiden baling batu dan simbah cat ke atas bas sewaktu konvoi berada di Kota Bharu, Kelantan minggu lalu.

Samseng Perkasa turut mengganggu tazkirah Anwar di Masjid Al-Hussain, Alor Setar hingga tergamak membaling kasut ke dewan solat.

Pada 8 September lalu, sekumpulan 30 samseng Umno menyerang bas jelajah Merdeka Rakyat dengan membaling batu, botol air mineral dan melempar plastik cat merah ke arah bas Merdeka Rakyat di Kampung Rim, Jasim, Melaka.KD

2 ulasan:

  1. depa rancang kita rancang Allah jua penentunya.Banyak sabar.

    BalasPadam
  2. MAHUKAH TUAN PERDANA MENTERI KITA ORANG CINA???...JANGAN JADI MCM SINGAPURA KESIHAN KITA ORANG-ORANG MELAYU HANYA JADI HAMBA

    BalasPadam