KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini menyertai
himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi
membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi
Muhammad SAW.
Himpunan yang diberi nama "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.
Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib
Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib
Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.
Mereka juga menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.
Sepanjang perarakan mereka melaungkan slogan 'hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang nabi' sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.
Perarakan ini turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.

Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama
memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas penghinaan yang dibuat
penerbit filem Amerika itu.
"Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh
dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat
Islam.
"Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan
nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan,"
katanya disambut laungan hidup Islam oleh para hadirin.
Sementara
itu, Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal
dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam.
Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.
"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera.
"Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.
Sementara itu, Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Tian Chua dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan.
Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan.
Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad
Abduh Nik Aziz, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, dan Naib Presiden PKR N Surendran.
Enggan bertemu
Nasruddin ketika bercakap kepada media selepas keluar dari
bangunan itu berkata, pihaknya kesal dengan layanan wakil kedutaan yang
enggan bertemu dengan pihaknya untuk menerima memorandum.
Menurutnya,
tiada wakil pejabat kedutaan yang turun melainkan hanya menghantar
pengawal keselamtan dan ianya sekali lagi menunjukkan sikap biadap
negara itu.
"Ini adalah penghinaan berpanjangan. Dahulu Denmark telah menghina nabi dan sekarang berulang lagi.
"Mereka tidak boleh menghina agama laian walaupun mereka
berkuasa. Kita tidak akan benar apa jua bentuk terhadap agama Islam
ataupun agama-agama lain," katanya.
Beliau
juga mengumumkan himpunan serupa akan diadakan di seluruh negara pada
Jumaat akan datang beserta munajat perdana bagi menyatakan kecintaan
pada nabi.
Sementara itu, sekumpulan peserta himpunan dilihat turut membakar
kain rentang yang bercetak bendera amerika dan Israel sebagai tanda
bantahan.
Himpunan tersebut kemudiannya bersurai
kira-kira jam 3.20 petang selepas bacaan doa penutup oleh Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan