Isnin, 3 September 2012

Gambar : Apabila Tok Guru Nik Aziz Naik Keretapi






Sumber Gambar : FB Tok Guru Nik Aziz

KUALA KRAI: Program pelancongan amat wajar diadakan di Kelantan bagi menangkis tomahan buruk pihak tertentu terhadap Kelantan sejak 22 tahun lalu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata fitnah buruk terhadap Kelantan seperti beras tidak ada, rakyat miskin dan lain-lain perlu dijawab melalui program pelancongan untuk menjemput lebih ramai golongan itu melihat perkara sebenar di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Pesta Makanan dan Buah-buahan Kelantan 2012 sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12).

Majlis berkenaan diadakan di Taman Cintawangsa, di sini Ahad lalu.

“Dengan melancong ke Kelantan mereka dapat melihat beras tak ada sungguh ke di Kelantan, mundur sungguh ke rakyatnya, benda ni (program pelancongan) wajar diadakan untuk memberi peluang pada rakyat melihat perkara sebenar,”ujarnya.

Sebelum ini, tambahnya pelancong sering dimomokkan dengan cerita Kelantan miskin, mundur dan berbagai lagi.

Bukan itu sahaja, katanya Islam menggalakkan pelancongan untuk mengenali sesama manusia di muka bumi ini.

Katanya, sebagai contoh ibadat haji dapat menghimpunkan pelbagai bangsa di muka dunia ini di satu tempat untuk mengenali antara satu sama lain setiap tahun.

“Pelancongan melalui ibadat haji di mana jemaahnya yang datang dari pelbagai negara dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat,”ujarnya.

Tuan Guru menaiki keretapi dari Wakaf Bharu menuju Kuala Krai kira-kira jam 8.05 pagi tadi untuk merasmikan majlis penutup pesta berkenaan.

Turut mengiringi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, dua orang lagi anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Che Abdullah Md Nawi.

Turut hadir pada majlis perasmian itu, anggota-anggota Parlimen Kuala Krai dan Tanah Merah, Dr Mohd Hatta Ramli, Amran Abdul Ghani serta lain-lain wakilrakyat, pimpina peringkat Parlimen, Dun dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Terdahulu Takiyuddin memberitahu pelancong antarabangsa dan domestic mengambil kesempatan menghadiri majlis itu dengan menaiki kereta api yang ditaja oleh kerajaan negeri sepanjang pesta itu diadakan.

Katanya, perjalanan dari Wakaf Bharu ke Gua Musang bermula 7.30 pagi, dari Tumpat, 8.05 minit dari Wakaf Bharu, 10.00 pagi tiba di Kuala Krai dan 11.30 pagi di Gua Musang di taja oleh kerajaan negeri sempena program berkenaan.Hrkh

1 ulasan:

  1. Kalau betul berjiwa rakyat, naiklah tren kelas 3. Atau 'tren pasar' yang menjadi nadi penduduk pendalaman Kelantan untuk menghantar anak ke sekolah.

    Sultan Perak pun biasa naik k/api,apa nak heran?

    BalasPadam