Sabtu, 11 Ogos 2012

Terbaik !!! Kenyataan Mufti Pahang Tamparan Hebat Buat Umno/BN


BACA laporan Utusan Malaysia diatas ini baik-baik. Mufti Pahang kata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

Sudah terang lagikan bersuluh, parti manakah yang selama ini menentang penubuhan Negara Islam dan menolak Hukum Hudud?

Lihat video di bawah ini rakaman kenyataan Najib Razak yang memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum Hudud kerana ia tidak berpaksi kepada realiti.



Tanpa rasa bersalah Najib menolak Hukum Hudud secara terang-terangan malah mendapat liputan seluruh Malaysia melalui Buletin Utama TV3. Pelbagai alasan diberikan untuk menolak Hudud.

Meskipun Mufti Pahang tidak menyebut secara langsung, namun jelas dan nyata Barisan Nasional adalah parti yang menolak hukum Hudud secara terang-terangan dan termasuk di dalam parti yang haram dan berdosa untuk disokong.MiloSuam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan