KUALA LUMPUR: Blogger Amizudin Mamat hari ini dijatuhi hukuman
penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas dia didapati
bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof semasa menyampaikan keputusan itu
berkata Amizudin telah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya
daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Rais dalam laman
blognya.
“Ini satu kes penghinaan yang serius, mahkamah kenakan perintah
custodial selama tiga bulan penjara, berkuatkuasa hari ini,” katanya.
Beliau berkata jika dilihat keseluruhan kes itu, penghinaan yang
dilakukan Amizudin bukan sekali berlaku, tetapi beberapa kali dan ia
bukansatu perkataan yang boleh diterima.“Saya nak baca perkataan itu pun, tidak tergamak,” katanya.
Selepas Zabariah membacakan keputusannya, Amizudin yang berada di
luar kandang tertuduh bangun dan berkata: “Saya mengaku saya silap, saya
memohon maaf, saya tidak faham”.
Sedikit terkejut
Zabariah berkata jika tidak faham mengenai perintah mahkamah,
Amizudin sepatutnya bertanyakan kepada peguamnya terutama apabila
membabitkan kes pelanggaran perintah mahkamah.
Selesai prosiding, Amizudin yang kelihatan sedikit terkejut dengan
keputusan mahkamah itu memeluk peguamnya Ahmad Nizam Hamid dan dia
kemudiannya dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah untuk urusan ke
penjara.
Pada 21 November tahun lepas, Rais, 70, diberi kebenaran untuk
memulakan prosiding pemenjaraan terhadap Amizudin berhubung dengan saman
yang difailkan olehnya.
Pada 19 Julai tahun lepas, Rais memenangi saman beliau dan blogger
itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi membayar RM300,000sebagai ganti
rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada menteri itu.
Rais memfailkan saman itu pada 31 Januari 2011, terhadap Amizudin,
42, yang merupakan anggota Jawatankuasa Pemuda Parti Keadilan Rakyat
(PKR), bagi memfitnah berhubung artikel yang diterbitkan dalam laman
blog blogger itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28
Dis, 2010.
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan