Suka saya merujuk ulasan, YB Adun Tepoh, Muhammad Ramli Nuh yang
diterbitkan dalam Sinar Harian 27 Ogos 2012 yang menyifatkan ‘tahalluf’
atau kerjasama yang wujud antara PAS dan DAP sebagai tidak dibenarkan
Islam.
Malah beliau menuduh dan menyifatkan ia sebagai kerjasama untuk lebih memikirkan strategi mendapatkan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang didominasi orang Islam.
Saya terpanggil untuk memberitahu khalayak, kedangkalan pemikiran para pemimpin Umno ini perlu diperbetulkan khususnya dalam memahami konsep demokrasi di Malaysia dan persepakatan Tahaluf Siyasi yang digagaskan oleh PAS.
Sebagaimana yang diketahui umum, Malaysia adalah sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen (parliamentary democracy). Justeru, kewujudan pelbagai parti politik di Malaysia meenunjukkan bahawa Malaysia sedang melaksanakan proses pengamalan demokrasi, walaupun hakikatnya, masih jauh untuk mendukung demokrasi yang sebenar.
Banyaknya bilangan parti-parti yang menyertai medan politik di Malaysia tidak memberi makna bahawa negara ini sedang mengamalkan sistem pelbagai parti (multiparty system).

Kerana sebenarnya, apa yang berlaku adalah, negara ini sedang
dipimpin oleh sistem parti dominan (dominant party system). Dalam kes
Malaysia, ia dirujuk seperti Barisan Nasional yang menguasai kerajaan
pusat masakini dengan kuasa tunggal ‘Umno’ yang menjadi pemutus kepada
banyak dasar-dasar Negara.
Sebaliknya kewujudan Pakatan Rakyat mengenengahkan harapan baru kepada system demokrasi yang lebih baik dan sudah bersedia serta mampu untuk mengambil alih kerajaan pada hari ini.
Amat mendukacitakan apabila isu ini ditimbulkan oleh seorang yang dianggap sebagai ‘tokoh agama’ di antara tokoh kepimpinan Umno negeri Terengganu.

Keyataan beliau membuktikan kefahaman beliau tentang demokrasi
berparlimen adalah amat cetek. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan,
gaya pemikiran seperti itu sebenarnya adalah usaha untuk membunuh
demokrasi berparlimen yang kononnya didokong oleh pemimpin Umno dan
Barisan Nasional (BN).
Ia tidak ubah seperti meludah ke langit,
terkena muka sendiri. Tidakkah Umno dan BN yang merampas dan
menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dipilih melalui
demokrasi?
Bukankah Umno dan BN jugalah yang telah merampas dan
menggulingkan kerajaan PAS Terengganu dalam PRU 10? Mengapakah sebuah
kerajaan yang baik dan telah mendaulatkan undang-undang Islam dan
mewartakan undang-undang tubuh negerinya dengan acuan Al-Quran,
As-Sunnah, Ijmak dan Qiyas perlu untuk ditumbangkan?
PAS
memperkenalkan kaedah dan istilah ‘tahaluf siyasi’ untuk membenarkan
pakatan antara parti-parti politik berdasarkan kaedah fiqh Islami, demi
maslahat, membawa perubahan kepada negara yang lebih baik.
Parti-parti
dalam Pakatan Rakyat bersetuju dengan kepentingan bersama iaitu
memerangi rasuah dan penyelwengan yang dilakukan oleh Umno dan Barisan
Nasional untuk menegakkan sebuah kerajaan yang adil untuk semua, tanpa
mengira bangsa dan agama.
Tahaluf Siyasi bukan berlaku sekelip
mata umpama ‘magik’ tetapi melalui pelbagai perbincangan ilmiah di
kalangan cerdik pandai gerakan Islam antarabangsa yang disertai para
ulamak dari PAS, sehingga mencetuskan persepakatan bukan ‘wala’ dengan
parti-parti yang tidak berteraskan Islam .
Namun bagaimana pula
dengan Umno yang telah menjalinkan hubungan dengan MCA dan lain-lain
parti dalam BN? Apa kaedah dan Istilah Islam yang digunakan oleh Umno?
Kebangkitan
dalam PRU 12 menyaksikan pertambahan kerusi DAP dari 13 kerusi (PRU 11)
kepada 41 kerusi parlimen. Pada masa yang sama ia telah mengurangkan
kerusi sekutu Umno MCA dan MIC tapi malangnya, fakta tersebut
disembunyikan dari pengetahuan umum oleh media pro Umno-BN.
Apabila
MCA dan MIC kalah dalam beberapa kawasan parlimen, telah berlaku
pertambahan kepada kerusi Melayu Islam sekaligus meningkatkan kuasa
Melayu Islam dalam Dewan Rakyat (Parlimen). Fakta ini akan saya dedahkan
dalam artikel saya ayang akan datang.
Justeru, saya mencabar
Muhammad Ramli Nuh menjelaskan, apakah istilah yang tepat dengan kaedah
Islam bagi menggambarkan gabungan Umno, MCA, MIC dan parti-parti lain
yang berteraskan perjuangan bangsa?
Saya juga meminta Muhammad
Ramli Nuh menukilkan dengan jelas apakah garis panduan yang digunapakai
dalam pembentukan barisan ini?
Apakah kaedah dalam ilmu-ilmu
Islam yang syari’e, yang digunakan oleh Umno ‘menghalalkan’ gabungan
‘caca-marba’ parti-parti dalam Barisan Nasional?
Saya percaya,
rakyat Malaysia amnya dan rakyat Terengganu khusunya amat berminat untuk
mengikuti ulasan Muhammad Ramli Nuh, Timbalan Pengerusi Biro Agama dan
Pendidikan Umno Terengganu.
Hishamuddin Abdul Karim
Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman
11 syawal 1433/ 29 Ogos, 2012
Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman
11 syawal 1433/ 29 Ogos, 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan