SHAH ALAM 2 OGOS : Dr Mohd Puad Zarkashi diberi tempoh 48 jam bermula hari ini untuk menarik tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa Ketua Umum PKR itu membayar Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan jawatan dalam Umno- BN.
Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, Anwar juga menuntut bahawa Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat dalam dua akhbar harian kebangsaan termasuk Sinar Harian dan juga menuntut ganti rugi dan kos undang-undang.
Apa-apa kegagalan oleh Puad untuk mematuhi tuntutan-tuntutan ini akan menyebabkan pengeluaran serta-merta Writ Saman terhadapnya.
“Kenyataan ini adalah satu pembohongan yang keji oleh Dr Puad sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.
“Selaras dengan politik Umno fitnah dan pembunuhan watak, tiada bukti yang diberikan oleh Puad untuk menyokong dakwaan keterlaluan,” katanya dalam kenyataan media.
Ujar Surendran, kenyataan fitnah ini adalah bukti terdesak dan ketakutan Umno-BN dalam menghadapi kehilangan besar-besaran sokongan untuk BN di Sabah.
Perletakan jawatan Lajim yang berani dibuat demi kepentingan rakyat Sabah yang lama menderita di bawah pemerintahan yang menindas dan rasuah Umno-BN.
“Kami menyeru pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk meninggalkan politik ‘fitnah’ dan sebaliknya bersama Pakatan Rakyat membahaskan persoalan berkaitan kepentingan negara,” katanya.TVS
bila lah nak saman Nalla dan Dato T ni!
BalasPadamSepatut ny Fuad Zarkashi bca apa yg di kata kn oleh Dato Sharir Samad dlm Sinar Harian hr ini.Sharir berkata tindakan Lajim Ukim keluar dr UMNO kerana tidak mahu lagi bersama UMNO dn tiada unsur2 pujukan dr sesiapa pun.Dn Shahrir mengingat kn UMNO jgn terlalu selesa dgn keluar ny Lajim Ukin dr UMNO.Pandangan dr org yg faham tentang politik.
BalasPadamini lah keadaan nya apabila dah terdesak yang amat sangat...suka-suka hati saja buat fitnah dan kenyataan boboh.!
BalasPadamni ke orang yang mat sabu gelar al-juburi dulu tu?
BalasPadamYupppp,jubur najib...
BalasPadambiarlah al juburi pun. yang penting tok guru dah ampun kan dosa dia. tok guru siap cakap lagi tak masuk syurga siapa yang fitnah anuwar selagi tak cium kaki anuwar. korang jangan main-main, jangan timbulkan kemurkaan tok guru
BalasPadamsaman je mulut cabul
BalasPadambtw blog i dah pndh ke wordpress
Mengapa sek antarabangsa jadi pilihan