Khamis, 14 Jun 2012

Saya sokong PAS kerana Islam - Aishah

Aishah [kanan] dalam majlisnya di Pantai Sri Tujoh, Tumpat

TUMPAT:
Selagi perjuangan Islam yang didokongi PAS tetap berlandaskan syariat dan hadis, beliau tetap akan memberikan sokongan terhadap parti yang memperjuangkan Islam itu.

Wan Aishah Wan Ariffin atau nama glamournya Aishah, artis kesayangan ramai yang baru menyertai PAS baru-baru ini berkata demikian ketika ditanya oleh salah seorang peserta yang ingin mengetahui tindakannya menyertai parti itu baru-baru ini ingin bergiat politik pula.

Menurut Aishah, beliau berhasrat untuk menyertai parti itu secara senyap, bagaimanapun tidak menjadi mungkin kerana beliau seorang artis.

“Tapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan diri saya sendiri serta dua orang anak-anak saya.

“Prinsip saya mudah, saya akan menolak mana-mana yang tak betul, perjuangan sekular, banyak kemungkaran yang berlaku di hadapan kita yang wajib kita tentang,”ujarnya.

Menurutnya, pengalaman hidupnya membuatkan beliau tercari-cari hala tuju kehidupan sebenar.

Beliau juga turut menolak akan aktif dalam politik, Cuma mengambil kesempatan untuk memberi pandangan sebagai seorang artis berhubung pandangannya sebagai seorang artis terhadap perjuangan Islam.

“Pengalaman yang berlaku selama ini boleh kita membawanya ke pentas untuk dikongsi bersama masyarakat, tidak ada salahnya asalkan ianya baik untuk Islam,”ujarnya.

Terdahulu beliau menyeru golongan pendakwah tidak terus membiarkan golongan dibelakang tabir seperti komposer, penulis lirik, pemuzik dan sebagainya agar mereka tidak lari dari landasan Islam sebenar.

Menurutnya, golongan berkenaan juga memerlukan bimbingan golongan ‘ustaz’ agar mereka berkarya tidak lari dari landasan Islam.
“Andainya lagi begitu sedap didegar, namun liriknya tidak menyeru pada kebaikan, kemasyarakatan apa lagi Islam, tidak ada gunanya,”ujarnya lagi.

Kerana itu, tambahnya para ustaz seharusnya bertemu golongan ini agar mereka dapat menciptakan hasil seni bertambah baik.

Pada masa yang sama, beliau menyeru orang ramai yang memiliki gambarnya sewaktu tidak bertudung menyerahkan semula padanya atau lupuskan sahaja.

Jelasnya, beliau tidak mahu gambar berkenaan menambahkan lagi dosa dan azab di akhirat kelak.

“Saya serulah pada semua mana-mana yang ada gambar saya, serahkan pada saya untuk tatapan anak-anak.

“Saya pun rasa pelik lagi kita berubah, lagi kita dah bertaubat, gambar-gambar macam ni lagi didedahkan pulak,”ujarnya.

Aishah, sewaktu menceritakan kisah hidupnya, menitiskan air mata mengenangkan kisah silamnya.Hrkh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan