Ahad, 13 Mei 2012

Video : Ungkapan ' Haram Jadah ' ,Najib Dituntut Mohon Maaf



JOHOR 13 Mei:
Ungkapan ‘Haram Jadah’ oleh Najib Razak yang ditujukan kepada peneroka yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) adalah sangat kesat dan tidak beradab, kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. “Haram Jadah’ dalam kamus DBP


Dewan Bahasa Pustaka) bermaksud ‘Anak Luar Nikah’. Ini sangat bertentangan dengan prinsip Rukunegara – Kesopanan dan Kesusilaan

“Ajaran Islam menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat. Ungkapan ‘Haram Jadah’ adalah terlalu kesat,” katanya.

Lanjutan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Kulai oleh pimpinan Anak Johor 12 Mei lalu mendesak Najib menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka.

“Peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf. Jika gagal berbuat demikian; saman malu akan dikemukakan,” ujar Mazlan memberitahu terlalu ramai golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

“Bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat terlalu sayang dan prihatin dengan masa depan seperti Felda,” jelasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30298

Tiada ulasan:

Catat Ulasan