KUALA LUMPUR, 16 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia
(DPPM) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bermuhasabah
bagi menilai kelemahan diri beliau sehingga dimalukan sedemikian rupa di
luar negara.
“Ini ekoran dari sambutan mengejut laungan ‘bersih’ dalam satu pertemuan dengan rakyat Malaysia di London kelmarin.
“Tiada siapa menyangka dan tiada siapa mengarahkan individu terbabit
melaungkan ‘Bersih’ terhadap Najib di ibu kota London,” ujar Ketua
Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar).
Bagi DPPM, ujarnya itu adalah ekspresi rakyat Malaysia yang mahukan
keadilan dalam sistem pilihan raya di Malaysia dan mengimpikan sebuah
demokrasi yang benar-benar menepati hasrat rakyat di negara ini.
Menurutnya, mereka juga adalah rakyat yang sedar dan benci terhadap
penindasan, kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN selama ini.
Katanya, DPPM menegaskan, perhimpunan Bersih 3.0 dianjurkan dengan
disertai oleh ratusan ribu rakyat Malaysia yang hadir secara sukarela.
Tambahnya, mereka tidak diangkut dengan bas, tidak diberikan nasi bungkus percuma, tiada tambang, baju T dan lain-lain lagi.
Bahkan, ujarnya mereka membayar sendiri kos perjalanan untuk hadir ke
Bersih serta membayar dengan harga yang mahal melalui pengalaman pedih
ditangkap, ditembak gas pemedih mata dan dipancut dengan air kimia.
Bersih juga, tegasnya tidak memaksa rakyat dari seluruh dunia hadir mengadakan perhimpunan di seluruh dunia.
Menurutnya lagi, difahamkan hampir 70 buah negara mengadakan
perhimpunan Bersih bagi menyatakan suara yang sama yang dituntut oleh
rakyat.
Katanya, mereka mengadakan perhimpunan dengan jiwa yang bersih dan secara sukarela, bukan dipaksa.“Kerana itulah momentumnya cukup kuat sehingga rakyat di luar negara turut merasainya.
“Lebih dari itu, mereka meluap-luap untuk turut sama melaungkan Bersih tatkala PM hadir di luar negara,” katanya lagi.
Justeru, ujarnya DPPM merasakan, kesemua tindakan itu adalah sebagai mesej cukup jelas kepada PM dan kerajaan Malaysia.
Tambahnya, tiada perkara lain yang mesti dilakukan selain daripada bersihkan sistem pilihan raya di negara ini.
Menurutnya, rakyat sudah cukup derita dengan berpuluh tahun ditipu dan ditindas dengan penyelewengan ketara dalam pilihan raya.
Katanya, penafian demi penafian tidak menjawab kritikan banyak pihak dengan pembuktian yang semakin banyak didedahkan.
“Jangan terkejut pula PM disambut ‘bersih’ di kesemua tempat yang dilawatinya di luar negara,” katanya lagi.Hrkh
Kita buat demonstrasi hari-hari, kerana rakyat malaysia suka dengan demonstrasi. Kalau ada yang terpenyek mati pun apa kita nak heran, ramai lagi masih hidup. Polis pun jahat sangat asyik tangkap orang salah je, itu sebab kita geram sangat dengan polis. Kita sayang Ambiga sebab dia berjuang untuk Lina Joy. Malaysia ni bukan seronok pun untuk terus hidup. Kita peduli apa orang nak berniaga tak boleh, sebab dia orang boleh berniaga tempat lain. Kedai tutup pun bukan hal kita, kita tak suruh dia orang tutup. Kita nak nyanyi lagi bersih je, lagu reformasi je, sambil jalan-jalan.
BalasPadampatutnye kerajaan sekarang beri insentif untuk semua orang turun berdemonstrasi. Memang seronok kan?