SHAH ALAM, 2 MEI : Umno begitu terdesak apabila dua akhbar yang
dinaunginya iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo, bertindak menyiarkan gambar
lucah di muka hadapan hari ini.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan ini
akan menjerumus generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan Umno sudah
sangat terdesak.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya budaya pemberitaan seperti yang tersiar di muka hadapan Utusan Malaysia pada hari ini.
“Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada
keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang.. Kenapa isu-isu seperti ini
yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik? soal Nik Aziz dalam
kenyataan di Facebooknya.
Bagi pendakwah bebas, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, tindakan
penyiaran gambar berkenaan satu petanda kotor minda dan hati si pembuat
keputusan menyiarkan gambar berkenaan.
“Saya sangat membantah siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah
samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin
parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan
seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dan Kosmo 2 Mei.
“Ingatlah siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea
& gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu
yang meluluskan keputusan siaran itu bakal mendapat saham dosa sehingga
hari kiamat,” tulis Dr Zaharuddin dalam Facebook.
Sementara itu, penyiaran gambar berkenaan turut mengundang pemegang
akaun Facebook di negara ini, antaranya Murni Salleh tulisnya “Anak-anak
saya yang masih kecil pernah komen; “Issyy..!! tak bagus la suratkhabar
tunjuk gambar-gambar tak elok!”
“Saya tak minat berpolitik..tapi saya seorang ibu dan seorang
pendidik..rasa sangat malu dan geram..budak-budak kecil pun boleh
bezakan yang elok dan tak elok..akibatnya..saya terpaksa tapis dulu
berita-berita dalam suratkhabar sebelum benarkan anak-anaknya
membacanya,” katanya yang juga seorang pendidik.
“Hari ini saya disajikan paparan majalah lucah terbitan berlesen untuk hiburan masyarakat Malaysia“Saya juga pengamal media, tetapi saya tahu batas-batas dan etika yang perlu dihormati.
“Bangga sangatkah kalian dapat merosakkan pemikiran masyarakat dengan
menyajikan perkara mungkar,” kata pengamal Media, Ahmad Nadi Karusan.TVS
Patutlah Nik Aziz sudah membuangkan HUDUD, sebab dlm hudud saksi terpaksa memdedahkan keaiban seseorang.
BalasPadamTGNA x buang hudud, tp yg buang hudud adalah Tun Dr Mahathir...
BalasPadam