KUALA LUMPUR, 10 April: Dewan Pemuda PAS di seluruh
negara memberi komitmen untuk mengerahkan paling minimum 10,000 anak
muda dari setiap negeri untuk menyertai Himpunan Bersih 3.0 yang akan
berlangsung pada 28 April ini.
Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, ini bagi
membantu pihak penganjur himpunan rakyat Duduk dan Bantah oleh Bersih
3.0 mencapai sasaran 500,000 penyertaan.
“Anak muda ini tidak semestinya dari ahli PAS sebaliknya dari
pelbagai lapisan anak muda prihatin yang menyedari keperluan untuk
bangkit melakukan perubahan memulih sistem pengurusan dan pengendalian
pilihan raya negara,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Selama ini, katanya anak-anak muda memerhati kepincangan urus selia sistem piliharaya melalui alam maya.
Menurutnya, mereka berkumpul membentuk gelombang siber kerana jumlah mereka terlalu ramai.
“Saya harap kali ini mereka keluar dari gentian cyber untuk Duduk dan
Bantah di Dermaga Pada iaitu di alam nyata dan tempatnya telah
ditetapkan di Dataran Merdeka bukan lagi di alam maya.
“Insya Allah, DPP Negeri dan kawasan akan bantu membuat kerahan
melalui pelbagai saluran dan net working yang kita miliki. Kita juga
akan bergandingan dengan Angkatan Muda Keadilan dan DAPSY untuk
memastikan sasaran dan objektif tercapai,” ujarnya.
Jelasnya, Duduk dan Bantah konsepnya aman, suatu hak rakyat untuk
lahirkan suara hati sekaligus menyentap perhatian pihak berwajib agar
melakukan perubahan setelah mereka tetap berdegil sejak sekian lama
meskipun pelbagai laporan, desakan dan tuntutan dibuat ke arah itu.
“8 tuntutan Bersih 2.0 masih tidak dihirau, maka Bersih 3.0 adalah kelangsungannya,” ujarnya.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan