KUALA LUMPUR 20 April: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak
membenarkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk
berhimpun di Dataran Merdeka atas alasan program anjuran pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) bukan bersifat nasional.
Pengumuman itu dibuat Bersih pagi ini selepas menerima surat rasmi dari DBKL kira-kira 11 pagi tadi.“Kami tetap meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka
seperti dirancang dan kami tidak akan memohon semula atau membalas surat
itu.
“Jika wujud halangan daripada pihak berkuasa termasuk DBKL dan polis
pada 28 April ini, kami akan berbincang dengan baik bagi memastikan
himpunan di Dataran diteruskan mengikut jadual,” kata Pengerusi Bersih
3.o, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Beliau berkata demikian selepas sidang media Bersih pagi ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.
Turut hadir, Pengerusi bersama Bersih 3.0, Datuk A. Samad Said dan ahli jawatankuasa NGO itu.DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan “Duduk-Bantah” mereka.Keadilandaily
DBKL... sila la semak, siapa yang pegang KL. kerajaan atau pembangkang ???
BalasPadam