SHAH ALAM 8 April: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyeru rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan untuk turun
beramai-ramai ke Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan terhadap
penipuan sistem pilihan raya, 28 April ini.
“Saya ulang, kali ini himpunan Bersih pada 28 haribulan, biar ada
kekuatan raksasa di kalangan rakyat. Hentikan penipuan ini. Cukuplah!,”
kata Anwar pada program ‘Rapat Rakyat Sempena 25 Tahun Pas Shah Alam’,
di Stadium Melawati, semalam.
Dalam
ucapan di hadapan kira-kira 1500 penyokong Pakatan Rakyat itu, Anwar
berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga kini gagal membersihkan
daftar pemilih, termasuk pengundi meragukan.
Ia termasuk pertindihan nombor kad pengenalan, kewujudan lebih 100
pengundi pada satu alamat dan pengundi yang telah mati tidak dikeluarkan
dalam daftar pemilih.
Perkara itu katanya menunjukkan kerajaan tidak berniat untuk menjalankan pilihan raya secara telus dan adil.“Termasuk di Permatang Pauh pun, ada 123 nama (pengundi meragukan). Sampai begitu sekali. Inilah penipunya mereka,” kata Anwar.
Malah katanya, laporan minoriti yang dikemukakan wakil Pakatan Rakyat
dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambahbaik
pilihan raya, juga ditolak.
“Sebab laporan (eseluruhan) PSC tidak menjelaskan secara terperinci.
Macam mana nak adakan pilihan? Nak cakap, tak boleh. Nak bantah, tak
boleh,” kata Ahli ParlimenPermatang Pauh itu.
Beliau
memberikan contoh kira-kira 40,000 nama pengundi meragukan tidak
dibersihkan SPR, sepertimana didedahkan oleh Mimos Bhd yang membuat
semakan audit.
Dalam pada itu, Anwar mengarahkan jentera pilihan raya Pakatan
Rakyat, bersiap sedia mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya yang
akan diadakan pada bila-bila masa.
“Jangan pandang ringan. Dalam konteks pilihan raya di Malaysia, undi 51 peratus kepada kita belum boleh dikira menang.
“Kerja, usaha dan ikhtiar mesti dilebihkan. Tanggungjawab kita bukan
sekadar pertahankan Selangor, tetapi menjadikan Selangor sebagai kubu
menuju Putrajaya,” katanya.Keadilandaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan