KUALA LUMPUR, 12 April: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 hari ini menuntut semua ahli lembaga Pesuruhjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan serta merta kerana didakwa terlibat dalam penipuan daftar pemilih.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, terdapat lebih daripada 400,000 pengundi yang meragukan ditemui oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP).
"SPR bukannya menjamin 'satu orang satu undi', sebaliknya SPR telah bersekongkol dalam penipuan daftar pemilih," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, dekat sini hari ini.
Turut bersama pada sidang media ialah beberapa ahli Jawatankuasa Pepandu, Maria Chin Abdullah dan Hishamuddin Rais.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan