Sabtu, 24 Mac 2012

[ Video ] Laporan Khas : NFC-Antara Suami Menteri dan Penternak Biasa



Pengarah Syarikat Fidlot Kebangsaan atau NFC telah diheret ke mahkamah, bagi menjawab kecurigaan disebalik projek ternakan lembu mega itu.

Tetapi persoalan yang masih tidak terjawab adalah, bagaimana projek yang penting dan besar seperti ini sewenang-wenangnya diberi kerajaan Umno-BN kepada suami seorang menteri?

Bagaimana dengan penternak lain yang mempunyai keupayaan tetapi tidak mempunyai hubungan intim dengan orang orang besar di dalam Umno-BN?

Ini kerana negara sememangnya memerlukan projek seperti ini bagi memenuhi keperluan domestik, khususnya di masa perayaan yang sentiasa dibelit kekurangan bekalan daging.

Akan tetapi proses pemberian projek yang ada kepentingan awam seperti NFC masih dibelengu budaya kroni yang merugikan wang rakyat.TVS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan