DISEBABKAN terdesak, Umno- BN kini mempergunakan sepenuhnya khidmat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor
yang dipecat, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali untuk menyerang PAS, bagi
mempengaruhi rakyat agar tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat dalam
PRU13 nanti.
Dalam program-program yang dianjur, Hasan
didapati berusaha keras membangkitkan pelbagai isu yang diada-adakan
untuk mencemarkan imej PAS dan menimbulkan ketegangan kaum, dengan
melakukan serangan pemikiran terhadap orang ramai menerusi kepetahannya
berucap dan bercakap.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib
berkata, usaha tersebut didapati dilakukan dengan begitu tersusun dan
padu oleh Hasan dengan pembantu-pembantu tajaan Umno.
“Antara
strategi yang digunakan termasuklah mendakwa Pakatan Rakyat akan
menjadikan negara ini sebagai republik jika menang pilihan raya nanti.“PAS sekarang sudah hilang matlamat perjuangannya, PAS diperalatkan DAP dan PAS kahwin dengan DAP.
“Benar tak benar apa yang dikatakan oleh beliau dan pembantupembantunya
itu bukan lagi menjadi perhitungan kepada Dr Hasan dan para
pengikutnya.“Yang penting baginya, orang ramai tak sokong PAS pada PRU13 ini, tapi sokong Umno,” katanya
Selain mengadakan program, menurut Saari, bekas Pengerusi Jawatankuasa
Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan
Awam Negeri Selangor itu juga didapati turut ke kedai-kedai kopi bagi
menyempurnakan matlamatnya, dengan tumpuan utamanya sekarang di kawasan
Dun Gombak Setia, Hulu Kelang, di kawasan Dun-Dun PAS lain serta kawasan
Melayu.
“Bagi PAS Selangor, apa yang dilakukan oleh Dr Hasan itu tidak boleh dipandang mudah.Jadi, PAS Selangor juga terpaksa turut mengadakan program, ceramah dan
majlis penerangan khas bagi menjelaskan perkara sebenarnya kepada orang
ramai agar tidak terpedaya dengan apa yang dikatakan Hasan itu,” tegas
beliau yang juga Adun Hulu Kelang.
Untuk tujuan itu, tambah Saari
lagi, PAS Gombak telah pun menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau
ceramah, ucapan dan segala isu yang dibawa oleh Hasan pada setiap
program dan pertemuannya dengan orang ramai, bagi memudahkan PAS
memberikan penjelasan kembali kepada akar umbi, kelompok tertentu dan
orang ramai.Detikdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan