ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yakin Pakatan
Rakyat (PR) mampu mengekalkan Kerajaan Negeri pimpinan perikatan tiga
parti itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan ada kekuatan Pas dan
dua lagi rakannya dalam PR serta sokongan rakyat yang diterima selama
ini."Insya-Allah, kita akan terus mengekalkan kuasa di Kedah.
"Ribut dalam cawan pun dah reda dan selesai. Begitu juga banjir pun dah
surut," kata beliau secara kiasan kepada media selepas mempengerusikan
mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Mengenai kemungkinan mengadakan pilihan raya awal di Kedah atau
serentak dengan pembubaran parlimen seperti yang dilakukan oleh Barisan
Nasional (BN) untuk semua negeri ditadbirnya, Azizan yang juga
Pesuruhjaya Pas Kedah berkata:
"Kita tengoklah macam mana nanti. Kalau saya rasa boleh menang, tidak
mustahil saya adakan pilihan raya dengan segera atau dalam tempoh
terdekat ini."Tetapi jika saya rasa tidak boleh menang lagi, saya akan lanjutkan tempohnya," katanya lagi.
Bagaimanapun, beliau berkata, segala-galanya terserah kepada kuasa ALLAH untuk menentukannya."Dengan izinnya, saya boleh kekal berkuasa di Kedah. Segalanya boleh
berlaku. Mungkin juga selepas ini ada orang lain pula yang berkuasa.
"Dahulu saya jadi pembangkang di Kedah dan tidak pernah termimpi untuk
menjadi kerajaan. Siapa sangka sekarang dah jadi Menteri Besar,"
katanya.Diminta mengulas lanjut mengenai mengadakan pilihan raya serentak
dengan PRU13 peringkat pusat, Azizan berkata, segala-galanya terserah
kepada Pas Pusat untuk menentukannya.
"Saya hanya ikut arahan Pas Pusat. Kalau mereka kata kita adakan pilihan raya serentak dengan negeri lain, saya akan patuh."Jika mereka kata kita buat secara berasingan, saya akan akur. Biarlah
mereka berbincang dengan rakan PR lain dan buat keputusan muktamad. Kita
hanya ikut apa yang sudah dipersetujui dalam perbincangan itu kelak,"
katanya.
Bagaimanapun, Pas Pusat akan mendapatkan pandangannya terlebih dahulu
sebelum membuat keputusan muktamad kerana lebih mengetahui keadaan di
negeri ini."Mereka mesti tanya kepada saya sebab saya berada di medan perang. Saya
lebih tahu kedudukan dan keadaan semasa di Kedah," katanya.
Ditanya mengenai sokongan akar umbi terhadap pemerintahannya, Azizan
yang juga Adun Sungai Limau berkata, setakat ini ia amat menggalakkan
dari setiap peringkat dan lapisan rakyat.
"Setiap kali turun padang, saya dapat lihat sokongan itu. Mereka beri sokongan padu kepada saya dan Kerajaan Negeri."Sambutan yang menggalakkan. sampai nak minum kopi secawan pun tak
habis sebab ramai sangat yang mai jumpa dan beri sokongan. Sampai kopi
sejuk dan tak sempat nak minum," katanya.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan