KUALA LUMPUR, 22 Mac - Lim Guan Eng percaya Pakatan Rakyat (PR)
hanya perlu menang 100 kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang harus
dilaksanakan sebelum Mei depan untuk menawan Putrajaya dan "Umno akan
musnah".
Setiausaha Agung DAP itu berkata PR "mungkin tidak mampu" untuk
menawan keseluruhan 112 kerusi untuk majoriti di Parlimen dalam pilihan
raya umum pertama mereka tapi Barisan Nasional (BN) akan tumbang
sekiranya pembangkang menguasai majoriti di Semenanjung.
"Pilihan raya kali ini agak sukar. Kami mungkin tidak mampu, dan kami
tidak perlukan 112 kerusi untuk memegang kuasa. Cukup hanya 100.
"Sekiranya kami adalah parti majoriti di Semenanjung Malaysia, adakah
akan ada lagi kesetiaan daripada parti Barisan Nasional di Sabah dan
Sarawak?" soal Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam satu temuramah khas
dengan The Malaysian Insider minggu ini.
Beliau turut menjangkakan "jika kami memperolehi 90 kerusi di
Semenanjung dan 10 di Sabah dan Sarawak", Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin akan menjatuhkan Presiden Umno dan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Lim menjelaskan bagaimana Najib sendiri mengambil kuasa daripada
kedua-dua jawatan berkenaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya
lepas setahun menguasai kerajaan selepas pilihan raya terburuk BN pada
Mac 2008.
"Kamu yakin Muhyiddin tidak akan cabar Najib? Itu sudah pasti. Umno
kemudian akan musnah. Itu merupakan permainan yang sangat berbeza,"
jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi.
DAP telah menyertai pakatan tidak rasmi antara PKR dan PAS dalam
pilihan raya 2008 yang menyaksikan rekod kemenangan 28 kerusi kerajaan
dan menafikan dua per tiga majoriti Parlimen dan lima kerajaan BN.
Ketiga-tiga pembangkang berkenaan menerima sokongan lebih daripada
separuh undi popular di kawasan semenanjung, dengan memenangi 80
daripada 166 kerusi.
Parti-parti tersebut kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat dengan
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan 30 ahli Parlimen akan
berpaling tadah kepada PR pada 16 September, 2008 dan menamatkan
penguasaan selama 50 tahun parti pemerintah sejak kemerdekaan.
Pemimpin pembangkang dipercayai telah mensasarkan Sabah dan Sarawak
terutamanya setelah Parti Progressif Sabah, yang mempunya dua Ahli
Parlimen keluar BN.
Bagaimanapun, janji bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak pernah
tertunai dan peningkatan Najib menyaksikan BN kembali bertenaga dengan
kemenangan pilihan raya kecil.
Namun begitu, Najib yang menggantikan Abdullah kononnya dilihat akan
meningkatkan kemenangan kepada 140 kerusi sejak empat tahun lalu dan
pemerhati melihat, hanya melalui kemenangan dua per tiga majoriti akan
menjamin masa depan Najib.
Kajian bulan lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan rating
Najib melonjak 10 peratus kepada 69 peratus dengan peningkatan ekonomi
dan pemberian wang tunai RM500 kepada kumpulan berpendapatan rendah di
bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah melonjakkan nama beliau.
Lim sebelumnya berkata pembangkang harus menambahbaik kedudukan
mereka di Sabah dan Sarawak daripada dua kepada sekurang-kurangnya satu
pertiga kerusi daripada keseluruhan 56 kerusi untuk berpeluang memiliki
kuasa memerintah.
Namun demikian, ketika temuramah tersebut beliau berkata "kita harus
realistik, perkara itu bukan mudah, tapi bukan juga mustahil."TMI
Aku percaya PR boleh menang PRU13 tp bila pikirkan keje jahat BN, SPR dan JPN mungkin sukar bagi PR menawan Putrajaya. Memerintah dgn rasuah undi dan taktik kotor tkde maknanye. Hancur BN hendaknya..
BalasPadam