Oleh : Tinta Hijau DKB
Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose merupakan satu-satunya Ketua UMNO Bahagian yang beragama Kristian.Untuk menjadi pemimpin Umno seseorang itu tidak semestinya melayu Islam,memadai jika mereka memegang status bumiputera.
Mungkinkah suatu hari nanti Umno akan dipimpin oleh bukan islam ????????????? Segalanya adalah kemungkinan.Bagaimana pula dengan slogan HIDUP MELAYU ??????????? Nampaknya slogan ini sudah tidak relevan lagi buat Umno.
Ini kerana jika dirujuk Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang beragama Islam. Lazimnya, mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura.
Menurut perlembagaan mereka yang tidak menganut agama Islam tidak boleh ditakrifkan sebagai Melayu.Bagaimana Umno mahu terus melaungkan slogan HIDUP MELAYU sedangkan dalam masa yang sama kaum bukan Melayu boleh menyertai dan memimpin parti itu.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Tuan,
BalasPadamSedikit pembetulan kepada tulisan tuan. Sejak UMNO Baru memasuki sabah awal 90an dulu, keahlian parti telah diubah melalui satu EGM. keahlian UMNO Baru dibuka kepada semua bumiputra sebagaimana ditakrifkan oleh Perlembagaan.
Sejak itu, UMNO Baru bukan lagi sebuah parti orang melayu. Ia samalah dengan parti taib mahmud di sarawak iaitu sebuah parti bumiputra.
2. fakta ni sengaja disorok dan tidak diperbesarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO Baru kerana takut orang melayu di semenanjung akan lari dari UMNO Baru.
Mahathir memang bijak putar alam. Keputusan PRU 1990 dimana undi melayu telah lari dari UMNO Baru dengan begitu ketara menyedarkan beliau bahawa UMNO Baru tidak boleh lagi mengharapkan undi orang melayu semenanjung untuk terus kekal memerintah. Dah tak boleh jadi fixed deposit dah!
Itu sebabnya dia bawa UMNO Baru ke sabah. Sebab orang melayu di sabah bukan majoriti, tu yang sanggup bukak keahlian kepada bumiputra pulak tu.
perkara 160 (2) adalah syarat nak jadi melayu. beragama islam adalah salah satu syarat. orang melayu bukan otomatik beragama islam & jika ditakwilkan sedemikian, ia bercanggah dgn alquran.
BalasPadamartikel ludah ke langit ,kahak jatuh ke muka sendiri...ptuiih!..
BalasPadamapa cerita dengan DHPP..boleh ahli DHPP jadi YDP Pas Kawasan?
PAS For All? Piraah mampuih!
nice blog.. like it.. keep it up
BalasPadamX Pas : Beza bro kamu ni bangang ke ape.takde ahli DHPP yang jadi ketua Pas Kawasan.Diulangi takde !!!!!!! Kalau ada kau tunjukkan bukti.Dalam perlembagaan Pas mereka tidak boleh jadi ketua kawasan.Mereka hanya jadi ketua dikalangan mereka sahaja...di kalangan Dewan Himpunan Penyokong Pas.Ada faham !!!!!!!!!!
BalasPadamx pas tk cerdik lg,
BalasPadamjanji umno ambil kaum bumiputra,tak mcm pkr ambil org bukan bumi jadi ketua mereka,org bukan bumi sebenarnya org asing dlm malaysia.
BalasPadam