KUALA LUMPUR, 6 Feb — Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan
“perbincangan serius” dengan Salahuddin Ayub untuk membawa Naib Presiden
PAS itu kembali bertanding di negeri kelahirannya untuk mengatasi
kekurangan pemimpin Melayu seterusnya menteri besar sekiranya berjaya
menawan kubu kuat Umno itu.
Pembangkang
di Johor menjangkakan akan merasih sokongan kuat pada pilihan raya umum
akan datang, malah sokongan pengundi Cina juga bertambah namun
kekurangan calon menteri besar yang berpotensi.The Malaysian Insider diberitahu beberapa sesi pertemuan empat mata antara Pakatan Rakyat Johor dan Salahuddin (gambar), Ahli Parlimen Kubang Kerian, telah diadakan.
Menurut sumber The Malaysian Insider, pertemuan itu boleh
disifatkan sebagai “perbincangan serius” dan kemungkinan besar
Salahuddin akan bertanding di Johor pada pilihan raya akan datang.“Salahuddin sedang memikirkan dengan serius akan perkara ini,
perbincangan serius telah diadakan sebelum ini dengan beliau,” katanya.
“...dan kita Pakatan Rakyat Johor bersedia menerima kepulangan
Salahuddin. Selain itu Salahuddin juga tidak keberatan untuk kembali ke
Johor.”Kata sumber itu, pertemuan itu turut menyentuh mengenai kawasan yang bakal ditandingi Salahuddin nanti.
“Kawasan untuk beliau bertanding sudah dikenalpasti. Kemungkinan
beliau akan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)
tapi keutamaan kita adalah meletakkan beliau bertanding di kerusi DUN,”
katanya.Dilihat kehadiran Salahuddin yang sudah dua penggal menjadi Ahli
Parlimen Kubang Kerian di Johor akan mewujudkan fenomena baru di negeri
itu terutamanya pengundi Melayu.
Difahamkan kerusi Parlimen Sembrong, yang mempunyai kira-kira 40
peratus pengundi Cina berhampiran Kluang, dilihat kerusi terbaik untuk
meletakkan Salahuddin.Khabar angin mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi.
Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut mengesahkan mengajak bekas ketua dewan pemuda PAS pusat itu untuk kembali ke Johor.“Saya ada mengajak Salahuddin untuk bertanding di sini kerana kita perlukan pemimpin bertaraf nasional di sini,” katanya.
Sementara itu Salahuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider
enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu sebaliknya berkata
bersedia “berhijrah” ke Johor sekiranya diminta berbuat demikian oleh
parti.
Bagaimanapun beliau tidak menolak sejak beberapa tahun kebelakangan
ini ada ahli parti yang meminta agar kembali bertanding di negeri itu.“Saya akan akur dan patuh pada keputusan parti, sekiranya parti
merasakan saya perlu bersama rakan-rakan di Johor maka itu seharusnya
menjadi perkara yang harus saya pertimbangkan dengan sebaik mungkin.
“Saya sudah 30 tahun dengan parti, saya juga pernah bertanding di
Johor tapi kalah. Itu tiada halangan bagi saya dan saya orang
Johor...saya juga membina karier saya dengan parti di Johor dan
rakan-rakan di Johor banyak memberikan saya penghormatan, jadi saya rasa
tiada masalah untuk saya sekiranya parti meminta saya balik ke Johor,”
katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu
kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan
enam kerusi DUN dari 56 kerusi yang ditawarkan.Selain mencipta sejarah di Johor, Pakatan Rakyat yang dianggotai
PAS-PKR-DAP berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain
mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990.TMI
tak bau menang la
BalasPadamNak jadikan Johor mundur seperti Kelantan ke? Katakan TIDAK kepada PAS dan konco-konconya.Undi PAS bermakna mengundi pro-seks songsang, pro-murtad, pro-komunis, pro-Israel, pro-maki hamun, pro-gag order, pro-kurang ajar.
BalasPadamTERUSKAN PERJUANGAN..HANCURKAN PUAK MINAFIKIN UMNO DI JOHOR DAN DI MANA SAHAJA...
BalasPadamPas 1000 kali lebih baik dari UMNO > aku tak berparti > tapi PAS lebih memikat hati berbanding UMNO yang hipokrasiiiiiii.
BalasPadam