PETALING JAYA: Menjelang sambutan Hari Valentine atau Hari
Memperingati Kekasih pada 14 Februari depan, PAS sekali lagi menyatakan
pendirian mahu menghentikan sambutan berkenaan.Pemimpin parti itu termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin
Hassan Tantawi berkata, sambutan berkenaan mesti dihentikan kerana akan
menjadi penyebab kepada aktiviti tidak bermoral.
Bagi timbalannya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, beliau mahu kerajaan
mempamerkan iklan anti sambutan Hari Kekasih di televisyen bagi
menghalang umat Islam daripada menyambutnya."Setiap tahun kita sertai pasukan pencegahan bersama pelbagai
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain untuk memberi kesedaran
bahawa sambutan Hari Kekasih adalah bertentangan dengan syariat Islam.
"Kita
tidak mahu sambutannya menjadi amalan dikalangan orang Islam. Langkah
terbaik adalah dengan menghebahkannya di televisyen."Pihak kerajaan
begitu mudah untuk berbuat demikian kerana mereka mengawal media utama,"
katanya.
Tahun
lalu pihak berkuasa agama telah menahan lebih seratus pasangan beragama
Islam yang terlibat dalam sambutan Hari Kekasih.Jawatankuasa Majlis
Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah
haram bagi seluruh umat Islam.
Terdapat beberapa versi sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang
dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama
Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint
Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.Mstar
Eluk juga..., namun tidak bermakna kita harus lupakan orang yang dikasihi, atau kita harus hidup tanpa berkasihan. Pada pandangan saya, cadangan itu mundane sifatnya. Saya masih bimbang dengan senyap sepi kepimpinan dalam isu Islam Melayu dan Raja bila duduk dekat-dekat dengan Anwar dan Kit Siang.... Disitu ada makna yang lebih besar, jatidiri, perjuangan, agama dan maruah!
BalasPadam