KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu mendesak kerajaan
negeri segera mengumumkan kepada rakyat sama ada Stadium Sultan Mizan
Zainal Abidin (SSMZA) masih boleh diperbaiki atau wajar dirobohkan
sahaja.
Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata kejadian malang menimpa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta dan bumbungnya runtuh amat memalukan seluruh rakyat Terengganu.
Malah, katanya lebih malang lagi setelah dua tahun ‘terbiar’ sepi pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik, dua set jana kuasa serta kelengkapan lain dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Inilah kata orang, ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ nasib yang dialami oleh stadium (SSMZA) kita. Bila dah dua tahun terbiar sepi berlaku pula kecurian kepada peralatan dan harta benda stadium.
“Buat (SSMZA) mahal, kos RM292 juta tidak lebih setahun guna runtuh bumbung dan ini memalukan rakyat dan Tuanku (Sultan) sendiri.
“Kita (PAS) minta pihak kerajaan negeri jelaskan (umum) sama ada stadium ini masih boleh diperbaiki atau perlu dirobohkan sahaja dan buat yang lain (baru),” ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa isu di pejabat PAS Terengganu, semalam.
[Gambar
- Stadium Sultan Mizan zainal Abidin terbiar sehingga ditumbuhi
pokok-pokok liar, tetapi kerajaan masih tidak membuat keputusan ke atas
stadium terbabit]
Menurutnya, kecurian peralatan stadium
tersebut dilaporkan bernilai RM50 juta berlaku sejak tahun 2010 lagi
selepas sebahagian bumbung runtuh.
Katanya, pihak berkuasa sebelum ini telah membiarkan keadaan struktur bumbung stadium yang runtuh itu selama lebih dua tahun.
Dr
Alias menyifatkan ‘kelembapan’ pentadbiran kerajaan negeri dengan
membiarkan lebih dua tahun bumbung stadium runtuh akhirnya merugikan
rakyat.
“Dua tahun tidak diusik keadaan bumbung stadium runtuh,
‘dok soh ke nok’ baiki, barang (peralatan) pun kena curi. Akhirnya
rakyat juga yang rugi.
“Saya pun pelik, macam mana dengan ada
pengawal keselamatan barang boleh kena curi termasuk dua set jana kuasa
yang bernilai RM70,000 seunit,” ujarnya.
Katanya, PAS melahirkan
rasa dukacita dan mahukan siasatan segera dilakukan serta mendakwa
mana-mana pihak yang bertanggungjawab mencuri harta rakyat.BO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan