SHAH ALAM,7 FEB : Kenyataan bekas Menteri Besar, Dr
Mohamed Khir Toyo bahawa beliau tidak terlibat dalam penyerahan konsesi
air kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) membuktikan
beliau sebenarnya tidak layak dan gagal selaku Menteri Besar Selangor.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin,sebagai bekas pemimpin nombor satu di Negeri Selangor, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Syabas menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.
"Sesungguhnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang memilih Khir turut bertanggungjawab di atas kegagalan ini. Sungguh memeranjatkan apabila seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat tiba-tiba menuding jari ke arah orang lain bagi melepaskan dirinya yang kini dianggap sebagai kera sumbang oleh partinya sendiri," tegas Faekah dalam kenyataan medianya.
Menurut Faekah, Khir sepatutnya mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan Syabas menguruskan perkhidmatan pembekalan air dengan baik seperti yang dipersetujui dalam perjanjian bersama.
Khir terlupa perjanjian yang ditandatangani pada 2004 adalah perjanjian tiga pihak dan Kerajaan Negeri turut terlibat dalam perjanjian tersebut bersama Kerajaan Pusat dan Puncak Niaga selaku syarikat induk kepada Syabas.
Khir juga tidak boleh menafikan hakikat bahawa Puncak Niaga mempunyai kaitan rapat dengan Umno; Tan sri Rozali Ismail yang merupakan Bendahari Umno Selangor ketika itu.
"Syabas gagal mematuhi terma-terma perjanjian khususnya dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna di Lembah Klang termasuk gagal mengurangkan peratusan air tidak berhasil (NRW) tetapi Kerajaan Negeri ketika itu di bawah pimpinan Khir, gagal bertindak sewajarnya," katanya.
Tambah Faekah, di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), masalah-masalah perkhidmatan air yang gagal ditangani Syabas amat jarang sekali diberi tumpuan biarpun rungutan serta aduan pengguna diterima setiap hari tetapi tidak endahkan hanya kerana Syabas adalah syarikat kroni Umno.
Hal ini membuktikan kegagalan penswastaan; meskipun penswastaan asalnya untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dengan sedikit tanggungan kepada kerajaan negeri namun apabila penswastaan dikhianati dengan memberi kontrak kepada kroni dan syarikat yang tiada kepakaran maka inilah akibatnya. Rakyat terpaksa menanggung beban yang tinggi.

Khir tidak perlu berlagak naïf kerana di bawah
pentadbirannya, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni telah
menjadi budaya dan kemestian; matlamatnya satu- untuk mengkayakan kaum
kerabat dan sahabat handai bagi kesinambungan parti kononnya.
Khir
tidak boleh menafikan, ketika zamannya sebagai Menteri Besar beliau
telah memberikan kontrak-kontrak kepada syarikat yang berkait rapat
dengan dirinya antaranya syarikat Lebar Daun Sdn Bhd (Lebar Daun);
syarikat pembangunan hartanah yang kaya raya hasil pemberian kontrak
secara terus, perjanjian usahasama dengan syarikat kerajaan negeri yang
berat sebelah serta penganugerahan tanah berlokasi strategik.
Kontrak pembinaan asrama Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya
adalah contoh nyata hinggakan Unisel berhutang ratusan juta yang
terpaksa ditanggung kerajaan hari ini. Lebih malang lagi, sehingga hari
ini asrama tersebut masih mempunyai kecacatan akibat dari mutu binaan
yang jelek dan tidak mengikut spesifikasi selamat.
Malahan banyak
projek perumahan kos rendah terbengkalai kerana syarikat yang mendapat
kontrak ini gagal menyiapkan projek dan telah menghilangkan diri."Atas
nama pembangunan banyak tanah peneroka diserahkan kepada syarikat yang
kebanyakannya adalah milik kroni Umno dan BN sedangkan hakikatnya tiada
pengalaman dalam projek pembinaan.
Akibatnya tanah-tanah tersebut
tergadai kepada bank. Bukan sahaja peneroka kehilangan tanah, malah
pembeli juga terpaksa menanggung hutang dan ramai di antara mereka telah
diistiharkan muflis," ujar Faekah.
Faekah turut
menjelaskan,beberapa projek sekadar contoh termasuklah projek Alam
Perdana di Kuala Selangor, projek Bukit Botak di Selayang, Kampung
Berembang di Ampang dan projek perumahan di PJS1 yang kesemuanya berjaya
diselesaikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Rakyat jugs masih
menunggu apakah kesudahan kes Khir Toyo menggunakan dana Kerajaan Negeri
untuk bercuti bersama keluarga termasuk orang gaji ke Disneyland yang
masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Mungkin
menjadi amalan di dalam UMNO, tindakan hanya dikenakan ke atas seteru
politik dan tindakan Khir menganggkat tangan adalah sebagai tanda tidak
akan melawan lagi, namun bagi pembayar cukai dan seluruh rakyat Selangor
, Khir harus bertanggungjawab ke atas dosanya yang mengkhianati amanah
yang diberikan," ujar Faekah.TVS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan