KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda PAS dari DUN Jabi,
kawasan Setiu adalah antara 16 individu yang didapati bersalah oleh
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana terbabit dengan perhimpunan
membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri tiga tahun lalu.
Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim, beliau adalah Mohd Shukri Mohamad, 40 tahun, yang berasal dari Jertih, menetap di Alor Serdang.
“Mohd Shukri Mohamad, asal Jertih, menetap Alor Serdang, 11 OKT didapati bersalah, Shukri OKT No 2, (beliau) ditahan pada pagi sebelum himpunan (bantah ISA) dekat Masjid Jamek (Kuala Lumpur) kerana memiliki t-shirt (kemeja T) anti ISA,”ujarnya ketika dihubungi.
Dr Azman (Gambar bawah) berkata demikian ketika mengulas keputusan hakim mahkamah terbabit Ainul Shahrin Mohamad yang memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes itu melampaui keraguan munasabah.
Menurutnya, beliau dihubungi oleh Ketua Keselamatan PAS Setiu, Rosdi Ibrahim, yang hadir mendengar perbicaraan itu diiringi oleh Ketua PAS Cawangan Alor Serdang, Ramdan Abdullah.
Menurut Malaysiakini, pada 3 Ogos, 2009, seramai 16 orang
dihadapkan ke di mahkamah dan didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana
menyertai perhimpunan haram.Selain itu, mereka juga dituduh di bawah Akta Polis 1967.
Mereka didakwa itu adalah Nordin Mohamad, Hayati Abdul Samad, Salmah Ismail, Norlaila Othman, Nashita Mohd Noor, Rashini, Hasbullah Pit, Wan Muhamad Jazlan Razali, Mohd Petri Mohd Yassin, Syaza Muaz Shaharudin, Mohd Sukri Mohd Sirat, Mohamd Sukeri Muhammad , Mohd Sallehuddin Yusop, Zulsifli Kama Kutty, Mohd Fazlzy Mohd Ismail, dan Norazam Sakib.
Mereka didakwa itu adalah Nordin Mohamad, Hayati Abdul Samad, Salmah Ismail, Norlaila Othman, Nashita Mohd Noor, Rashini, Hasbullah Pit, Wan Muhamad Jazlan Razali, Mohd Petri Mohd Yassin, Syaza Muaz Shaharudin, Mohd Sukri Mohd Sirat, Mohamd Sukeri Muhammad , Mohd Sallehuddin Yusop, Zulsifli Kama Kutty, Mohd Fazlzy Mohd Ismail, dan Norazam Sakib.
Mereka
dikatakan berkumpul di tempat mereka ditahan antara jam 9 pagi dan 1.30
petang, pada 1 Ogos, 2009, di sekitar Masjid Negara dan Jalan Tunku
Abdul Rahman, di Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Setiausaha PAS
Kawasan Setiu Aminuddin Umat menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS
negeri Terengganu khususnya dan seluruh Negara amnya supaya dapat
bersama-sama bermunajat dan berdoa agar pihak hakim mengurangkan hukuman
yang dikenakan.
“para peguam sedang membuat rayuan, dimaklumkan
denda diantara RM2,000 hingga RM10,000, samada denda atau penjara atau
kedua-duanya sekali,
“saya merayu kepada semua ahli dan penyokong supaya pakat bermunajat, berdoa semoga urusan mereka dipermudahkan Allah,”jelasnya.BO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan