Khamis, 23 Februari 2012

Bai'ah : Tok Guru Nik Aziz Bidas Mahathir

Untuk besarkan KLIK pada IMEJ

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyifatkan amalan bai'ah atau sumpah taat setia dalam parti itu hanya untuk kepentingan pemimpin yang mempunyai matlamat tertentu.

Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan bekas perdana menteri itu merupakan satu tuduhan yang tidak berasas.

"Ia semacam mentohmahkan cara bai'ah PAS sebagai ketaksuban kepada pemimpin dan tidak kepada Allah.

"Sebenarnya PAS tidak mengamal sebegitu. PAS mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun berjamaah dan bukannya pemimpin," katanya menerusi status facebook di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Dr Mahathir pada Rabu yang mengecam cara amalan bai'ah PAS kerana menurutnya sumpah seumpama itu hanya boleh dibuat kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.

Menurut Dr Mahathir, jika manusia biasa membuat bai’ah atau lafaz taat setia sesama manusia atau parti, mereka mempunyai kecenderungan melanggar lafaz yang telah dibuat.

Bagaimanapun tegas menteri besar Kelantan itu lagi, Dr Mahathir melakukan tafsiran yang salah mengenai amalam bai'ah PAS kononnya parti itu meletakkan kepentingan pemimpin dan matlamat peribadi sebagai keutamaan.

"Jelas sekali Dr Mahathir sudah tersasar dalam menterjemahkan PAS sebagai sebuah gerakan politik Islam yang meletakkan akidah perjuangan Islam sebagai keutamaan," katanya.Mstar

1 ulasan:

  1. kalau macam tu, bolehlah ahli tinggalkan parti kalau parti dan pemimpin jadi sesat.
    tak celaka dunia akhirat kalau tinggalkan pas sekiranya terpesong dari ajaran Islam.
    tapi risau jugak bini pemimpin pas, takut jatuh talak tiga pulak nanti.

    BalasPadam