Jumaat, 13 Januari 2012

Video : Biadab !!! Tentera Amerika Kencing Atas Mayat Pejuang Taliban



Kumpulan Taliban semalam mengecam dan menyifatkan sebagai ‘tidak bertamadun’ rakaman video yang menunjukkan sekumpulan tentera Amerika Syarikat kencing ke atas beberapa mayat pejuang kumpulan itu.

Sementara itu, tentera Amerika melancarkan siasatan terhadap rakaman itu yang menunjukkan empat anggotanya kencing ke atas tiga mayat.

Anggota tentera Amerika itu kelihatan sedar perbuatan biadap mereka itu dirakam.“Ini satu lagi tindakan tidak bertamadun oleh tentera asing.

‘Sepanjang 10 tahun lalu, terdapat beratus-ratus kes serupa tetapi ia tidak didedahkan,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahed.“Kami mengecam perbuatan itu,” katanya menerusi telefon dari lokasi yang tidak diketahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan