Penulis blog pro-Umno
Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta
setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak
Mohd Noor. Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co
pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua
mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama
Sabtu lalu.
Ketika
dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu
terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara
lain untuk membela dirinya. "Apabila kita menghadap seorang
hakim, kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala-galanya
yang terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu," katanya.
Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik
blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog
Parpukari.
Abdul Razak mendakwa bahawa Papagomo melalui
posting di blog pada 11 Disember tahun lalu dan Parpukari melalui
posting pada 4 Disember dan 12 Disember tahun lalu telah memfitnah
dirinya. "Mereka memfitnah anak guam saya dengan memanggilnya
penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol dengan
pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno,"
kata Netto.
Menurutnya tuntutan RM10
juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul Razak
adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan
perkhidmatan jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom
Malaysia.
"Beliau membekalkan rakyat negara ini dengan
perkhidmatan jalur lebar melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia,
beliau adalah orang yang agak berpengaruh dari segi perkhidmatan yang
ditawarkan itu. "Tetapi
dengan artikel-artikel yang berbaur fitnah ini, bank-bank dan Telekom
memanggil anak guaman saya dan menuntut jawapan berhubung apa yang
sedang berlaku," katanya. Netto berkata beliau dimaklumkan
bahawa Papagomo telah menemui dengan beberapa penulis blog lain dan
meminta nasihat bagaimana mengendalikan saman berkenaan manakala
Parpukari setakat ini mengabaikan notis undang-undang itu.
"Jika menjelang akhir minggu, mereka tidak menunjukkan sebarang
keikhlasan secara bertulis atau mahu berunding, maka mereka akan
memaksa kami untuk memfailkan tindakan di mahkamah," katanya.
Selain daripada ganti rugi, mengikut surat yang dihantar on 3 Januari
lalu, Abdul Razak menuntut untuk kedua-dua mereka untuk menarik balik
dakwaan mereka dari blog mereka serta membuat permohonan maaf.
Jika tiada reaksi dari penulis blog berkenaan, Netto menambah, saman
akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal Jumaat ini
ataupun paling lewat pada awal minggu depan. Papagomo sebelum
ini pernah mencetuskan kontroversi, termasuk mendakwa anak Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan pelajar
perempuan tetapi dakwaan itu akhirnya terbukti tidak benar.Malaysiakini
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan