Isnin, 23 Januari 2012

Panas !! Anwar Tewaskan Najib Di Alam ' Cyber '

Sekali lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang pelbagai reaksi negatif - yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup "kreatif".
Bermula dengan laman sosial Facebook versi bahasa Cinanya yang dibanjiri sindiran dan kritikan tajam, seterusnya diperlekehkan pula apabila warga internet menubuhkan laman Ah Jib Soh (makcik Ah Jib, merujuk kepada isteri PM), dan terkini, laman sosial Facebook Ah Wah Gor (merujuk Anwar Ibrahim) - menarik bilangan peminat yang lebih daripada Ah Jib Gor dalam tempoh 24 jam selepas ditubuhkan


Sejumlah 14,697 orang warga internet yang menekan butang "like" di laman rasmi Ah Jib Gor pada jam 7.16 petang 21 Januari 2012, longgakan sejak ditubuhkan pada 13 Januari 2012. Sementara Ah Wah Gor, yang ditubuhkan pada 20 Januari 2012, mencatat 18,594 "like" pada masa yang sama. Malah, menurut admin Ah Wah Gor, laman ini berjaya memintas Ah Jib Gor dalam tempoh 19 jam. Sehingga jam 12.26 awal pagi 22 Januari, Ah Jib Gor mencatat 15,418 like, sementara Ah Wah Gor mencatat 24,890 like.

Perlu diingatkan bahawa laman Ah Jib Gor adalah laman sosial rasmi versi bahasa Cina untuk Najib, dikesahkan Setiausaha Politiknya Wong Nai Chee, malah sesetengah soalan yang diajukan dijawab oleh Najib sendiri, sebelum diterjemahkan, menurut Wong Nai Chee.

Ah Wah Gor pula, ditubuhkan oleh penyokong Anwar Ibrahim secara tidak rasmi, menyatakan bahawa tujuannya bukan sekadar untuk memintas bilangan peminat Najib, tetapi ia adalah "pertarungan maya" sokongan kedua-duanya - untuk menaikkan semangat orang ramai. Malah, admin Ah Wah Gor mengalu-alukan "perbincangan politik", dengan peringatan agar warga internet tidak menggunakan ruang itu untuk serangan peribadi, penghinaan terhadap agama dan institusi Raja.

Pengamatan MerdekaReview mendapati kebanyakan komen yang ditinggalkan di laman Ah Wah Gor adalah positif untuk Anwar Ibrahim - luahan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen ini. Malah ada yang menyifatkan pertarungan antara Ah Wah Gor dengan Ah Jib Gor sebagai pemilihan calon Perdana Menteri dalam PRU 13.

Sementara Ah Jib Gor pula masih dibanjiri komen yang negatif terhadap Perdana Menteri, meskipun komen yang emosi telah berkurang (tidak pasti dipadamkan atau kerana disiplin warga internet), namun kritikan dan soalan yang tajam terus diajukan.

Pada masa yang sama, laman Ah Jib Soh pula mencatat 8,018 like pada jam 12.26 awal pagi 22 Januari 2012. Identiti adminnya tidak diketahui, tetapi dengan terang-terang "menyamar" sebagai isteri PM melalui status yang diperbarui. Dengan status yang bernada "sindir" dan jelas untuk memerli isteri PM, Ah Jib Soh kini menjadi "penghibur" kepada peminatnya.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan